Harian Metro

‘Takkan nak seri aje...’

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Ketua pasukan FELCRA FC, Shahrom Kalam mahu rakan sepasukan lebih fokus untuk mengutip tiga mata dalam setiap perlawanan berbanding memikirkan soal mempertaha­nkan rekod tanpa kalah pasukan itu.

Shahrom menegaskan, kedudukan sebagai pasukan tunggal belum tewas dalam Liga Perdana musim ini tidak membawa apa-apa makna jika mereka terus keciciran mata gara-gara mencapai lebih banyak keputusan seri berbanding kemenangan.

Malah, Shahrom berkata, posisi FELCRA di tangga kedua dengan 18 mata juga belum stabil apabila PDRM yang kelihatan bergelut pada awal musim, mula menunjukka­n peningkata­n serta sudah menyamai mata mereka kumpul.

FELCRA sekadar mencatat empat kemenangan daripada 10 perlawanan setakat ini dengan selebihnya terikat seri.

Mereka ketinggala­n lapan mata di belakang pendahulu liga, FELDA FC yang mengumpul 26 mata.

“Kekal sebagai satu-satunya pasukan belum kalah adalah pencapaian membanggak­an namun ia tidak membawa perubahan besar kepada pasukan jika sekadar seri.

“Kami mensia-siakan banyak mata pada pusingan pertama apabila kerap seri berbanding menang. Akibatnya, kami semakin jauh ditinggalk­an FELDA dan kian dirapati pasukan seperti PDRM dan MIFA.

“Tidak mustahil jika sindrom seri ini berterusan, kami akan semakin tersisih daripada saingan malah lawan mampu memintas,” kata Shahrom.

Bekas kapten Selangor dan Perak itu berharap perlawanan menentang Terengganu FC II (TFC II), esok sebagai permulaan untuk mengubah situasi itu dengan tiga mata mesti dijadikan sasaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia