Harian Metro

Akhyar optimis benam Pahang

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Pemain sayap muda Kedah, Akhyar Rashid yakin Kedah mampu terus konsisten dalam memburu kemenangan pada aksi Liga Super menentang Pahang di Stadium Darul Aman, esok.

Akhyar yang meledak satu gol ketika Kedah bertemu Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan minggu lalu, optimis skuad Lang Merah sudah memiliki semangat kebangkita­n selepas menambah tiga mata seperti disasarkan.

“Saya yakin dengan kejayaan mengutip tiga mata pada perlawanan ketika bertemu Negeri Sembilan minggu lalu mampu memberi motivasi untuk saya dan rakan-rakan mengekalka­n rentak serta dapat memburu kemenangan di laman sendiri kali ini.

“Sumbangan gol ketika menentang Negeri Sembilan turut melonjakka­n semangat saya untuk terus berusaha membantu skuad Lang Merah mengukuhka­n kedudukan pada carta Liga Super.

“Apa yang penting adalah perancanga­n diatur jurulatih, Nidzam Adzha Yusoff yang perlu kami laksanakan dengan sebaik mungkin dan fokus serta berdisipli­n sepanjang 90 minit perlawanan,” katanya.

Dalam pada itu, Akyar turut mengakui skuad Pahang kendalian Dollah Salleh kini sudah berwajah baru dan diperkuatk­an selepas kemasukan bekas pemain Terengganu, Issey Nakajima dan bekas penyerang Kelantan, Austin Amutu.

“Saya sedar perlawanan kali ini bukanlah laluan yang mudah bagi kami walaupun kami beraksi di laman sendiri, namun semangat kebangkita­n yang dirasainya semua pemain dalam pasukan mampu dijadikan bekalan untuk memburu kemenangan.

“Latihan sebelah malam pada bulan Ramadan ini berjalan dengan lancar dan saya yakin jurulatih mempunyai ramuan terbaik meneruskan kejayaan Kedah dan pastinya dapat mengenalpa­sti strategi terbaik untuk perlawanan itu nanti.

“Beraksi di laman sendiri harus kami manfaatkan sepenuhnya dan hasrat serta misi kami adalah untuk mendapatka­n tiga mata di laman sendiri dan terus tingkatkan kedudukan ke kelompok teratas Liga Super,” katanya.

Saya yakin jurulatih mempunyai ramuan terbaik meneruskan kejayaan Kedah”

Akhyar Rashid

 ??  ?? AKHYAR (kiri) ketika beraksi menentang Negeri Sembilan.
AKHYAR (kiri) ketika beraksi menentang Negeri Sembilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia