Harian Metro

Murtabak Jawa macam pisang goreng panas

-

mendapatka­n bekalan kerana ada pembekal.

“Selain sate ayam dan daging lembu, saya juga menjual sate kambing, badal, buntut, kulit bersama nasi impit. Setiap hari saya mampu menjual 1,000 hingga 1,500 cucuk. Ia juga mendapat permintaan tinggi pada bulan ini (Ramadan), terutama daripada pelanggan luar Sarikei.

“Bagaimanap­un, saya tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan menjelang Aidilfitri kerana jumlahnya terlalu banyak, namun akan menyediaka­nnya seminggu selepas Aidilfitri,” katanya.

Kota Kinabalu: Berbanding di Semenanjun­g yang terkenal dengan murtabak daging atau ayam, di Sabah pula murtabak sayur atau lebih dikenali sebagai murtabak Jawa sinonim dengan masyarakat di negeri ini, khususnya ketika Ramadan.

Secara luaran, hidangan itu mempunyai perbezaan dari segi kulitnya, murtabak Jawa lebih rangup kerana digoreng dalam minyak penuh, manakala isinya menggunaka­n pelbagai sayuran seperti kubis dan dinikmati bersama sos cili.

Tinjauan di bazar Ramadan Asia City, di sini, mendapati murtabak Jawa menjadi pilihan pengunjung sebagai menu istimewa ketika berbuka puasa hingga memberi pulangan lumayan kepada peniaga. Peniaga bazar Ramadan, Ariyanto Harry, 30, berkata, dia boleh menjual hingga 300 biji murtabak Jawa sehari sepanjang Ramadan.

Katanya, kedatangan bulan mulia itu pasti sentiasa dinantikan saban tahun bagi peniaga sepertinya kerana mampu meraih pendapatan berlipat kali ganda berbanding hari biasa.

“Kebiasaann­ya, saya berniaga murtabak Jawa di tamu sekitar bandar raya ini, namun hasil jualan sehari tidaklah tinggi seperti bulan puasa. Bagaimanap­un, jualan murtabak Jawa meningkat sekali atau dua kali ganda setiap hari pada bulan Ramadan.

“Sambutan pengunjung bazar Ramadan terhadap menu ini memang luar biasa hingga pelanggan sanggup menunggu semata-mata untuk membelinya,” katanya yang menjual murtabak Jawa sejak empat tahun lalu.

Mempelajar­i cara pembuatan murtabak daripada abangnya, Ariyanto berkata, dia turut menjual murtabak ayam bagi membeli pilihan kepada pelanggan, namun ia hanya dihasilkan apabila ada permintaan.

Murtabak Jawa di gerainya dijual pada harga RM2.50 sebiji manakala RM3 untuk murtabak ayam.

 ??  ?? Sate dibakar diletak dalam ‘kong’
bersama kuah ABANG Yusuf menunjukka­n Sate Kong yang dijual di Taman Susur Jambu.
Sate dibakar diletak dalam ‘kong’ bersama kuah ABANG Yusuf menunjukka­n Sate Kong yang dijual di Taman Susur Jambu.
 ??  ?? MURTABAK Jawa lebih popular di Sabah ketika bulan Ramadan.
MURTABAK Jawa lebih popular di Sabah ketika bulan Ramadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia