Harian Metro

Rokok dalam beg sekolah

 Pemilik kedai runcit kantoi jual minuman keras, barangan tanpa permit

- Nasrawati Syarifuddi­n cnews@nstp.com.my

Polis merampas 84

rokok pelbagai jenama disembunyi­kan dalam beg sekolah kanak-kanak serta lapan tin minuman keras disyaki dijual tanpa permit di kedai runcit di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 di sini, awal pagi semalam.

Serbuan pada jam 1 pagi itu dilakukan sempena Operasi Cegah Jenayah Ramadan oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Ketika serbuan, suspek berusia 18 tahun yang juga anak kepada pemilik kedai runcit itu tidak menunjukka­n sebarang reaksi mencurigak­an.

Bagaimanap­un, pemeriksaa­n lanjut dalam premis menemui 84 bungkus rokok pelbagai jenama disembunyi­kan di dalam beg sekolah kanak-kanak, selain lapan tin minuman keras dalam peti sejuk di atas timbunan minuman tin berkarbona­t.

Hasil siasatan mendapati suspek sudah lama menjalanka­n aktiviti menjual barangan terbabit tanpa kelulusan daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan dan barangan dirampas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 32 Akta Eksais 1976.

“Operasi sempena bulan Ramadan ini akan dilakukan secara berterusan sehingga Aidilfitri bagi mengekang jenayah menjelang musim perayaan,” katanya.

Operasi sempena bulan Ramadan ini akan dilakukan secara berterusan sehingga Aidilfitri”

Fadil

 ??  ?? ANGGOTA polis menunjukka­n rokok yang disembunyi­kan di dalam beg sekolah kanak-kanak.
ANGGOTA polis menunjukka­n rokok yang disembunyi­kan di dalam beg sekolah kanak-kanak.
 ??  ?? ARAK yang diletakkan di atas timbunan minuman tin berkabonat.
ARAK yang diletakkan di atas timbunan minuman tin berkabonat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia