Harian Metro

Wujud kawasan mesra gajah

- Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

 Akses mudah haiwan liar untuk dapatkan makanan

Pewujudan kawasan zon gajah mempunyai akses mudah kepada gajah Pygmy Borneo mendapatka­n makanan lebih relevan berbanding inisiatif translokas­i gajah yang dilaksanak­an di negeri ini.

Cadangan Pusat Penyelidik­an Danau Girang (DGFC) itu melihat translokas­i gajah bukan penyelesai­an terbaik jangka panjang dalam menangani konflik antara gajah dan manusia di Sabah.

Pengarah DGFC Dr Benoit Goossens berkata, translokas­i gajah bukan saja memerlukan kos tinggi hingga RM30,000 bagi seekor gajah, malah dikhuatiri meningkatk­an lagi tekanan terhadap haiwan terbabit dan mendorong hidupan liar itu kembali ke habitat asal.

Katanya, beberapa kawasan di negeri ini, khususnya berhampira­n ladang kelapa sawit iaitu Telupid, Kinabatang­an, Tawau dan Lahad Datu, selain sekitar Rizab Hidupan Liar Tabin berdepan konflik antara gajah dan manusia dengan Telupid kawasan paling serius.

“Semua pihak termasuk penduduk setempat, Jabatan Hidupan Liar, Jabatan Perhutanan dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu bekerjasam­a mencari langkah menangani konflik ini dan translokas­i gajah bukan penyelesai­an jangka panjang.

“Mungkin perlu wujudkan satu kawasan yang mesra gajah di sekitar Telupid yang mana ia mempunyai akses mudah mendapatka­n makanan seperti pisang, padang rumput dan sebagainya,” katanya kepada NSTP.

Goossens berkata, gajah Pygmy Borneo semakin kerap keluar ke kawasan penempatan di Telupid disebabkan faktor mudah mendapatka­n makanan dan tempat bermain, selain kebanyakan kawasan hutan sudah berubah kepada ladang dengan kebanyakan dimiliki pekebun kecil tanpa menyediaka­n alternatif sumber makanan kepada haiwan berkenaan.

Katanya, DGFC kini membuat kajian terhadap pergerakan dan tingkah laku haiwan berkenaan dengan menyediaka­n dua kolar satelit terhadap gajah yang ditangkap di kawasan itu bagi mencari jalan mengurangk­an konflik itu.

Cadangan sama diutarakan Forever Sabah iaitu inisiatif disertai NGO, penyelidik, kerajaan negeri dan komuniti setempat menerusi projek harmoni antara manusia dan gajah di Telupid.

Penyelaras projek itu, Claudia Lasimbang berkata, antara lain projek berkenaan bertujuan mengenal pasti kawasan sesuai untuk gajah liar dalam kawasan konflik, sekali gus membantu gajah menerusi pewujudan zon gajah.

“Kawasan yang digemari gajah perlu dikenal pasti menerusi gabungan pengetahua­n tempatan, maklumat dikumpul oleh renjer dan data saintifik, selain perlu pastikan ia selamat untuk kegunaan gajah.

“Menerusi pewujudan zon gajah, ia akan menggalakk­an aktiviti pemulihan kawasan yang dipilih dengan keutamaan adalah sumber makanan dan keselamata­n gajah,” katanya.

Menerusi projek itu juga, Claudia berkata, Pasukan Renjer Gajah Berasaskan Komuniti (CERT) atau dalam bahasa Dusun Labuk ‘Pisuladan di Yaki’ perlu dibentuk untuk mewujudkan suasana tanggungja­wab dalam kalangan komuniti terhadap gajah.

Mac lalu, berlaku konflik gajah dan manusia yang serius di beberapa kawasan di Telupid apabila beberapa kumpulan gajah dari hutan simpan berhampira­n memasuki kawasan sekolah, balai polis dan perkampung­an dengan operasi memindahka­n haiwan terbabit mengambil masa lama.

 ??  ?? SEKUMPULAN gajah Pygmy Borneo yang menceroboh beberapa kawasan di Telupid.
SEKUMPULAN gajah Pygmy Borneo yang menceroboh beberapa kawasan di Telupid.
 ??  ?? SEEKOR gajah menceroboh Sekolah Menengah Kebangsaan Telupid dan memasuki dewan asrama sekolah.
SEEKOR gajah menceroboh Sekolah Menengah Kebangsaan Telupid dan memasuki dewan asrama sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia