Harian Metro

Tingkat keselamata­n

- Harun Yahya cnews@nstp.com.my

 LSS tempat 196 anggota, 18 bot peronda di sungai utama sempena sambutan Hari Gawai dan Aidilfitri

Lembaga Sungai Sungai Sarawak (LSS) menempatka­n 196 anggota penguat kuasa bersama 18 bot peronda bagi melaksanak­an operasi khas keselamata­n di semua sungai utama seluruh negeri sempena sambutan Hari Gawai dan Aidilfitri, bermula 25 Mei ini hingga 24 Jun depan.

Menteri Muda Pengangkut­an Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil berkata, ia turut disertai beberapa agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Laut Wilayah Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

“Ia bagi memastikan semua operator pengangkut­an air di Sarawak, khususnya pengendali bot ekspres sentiasa mematuhi peraturan yang dikuatkuas­akan, sekali gus mengurangk­an risiko keselamata­n terutama ketika waktu puncak menjelang sambutan perayaan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarka­n Kempen Keselamata­n LSS Hari Gawai & Aidilfitri 2018 di Terminal Bot Ekspres Sibu, di sini, semalam.

Dr Jerip berkata, kempen itu diadakan bagi mencegah bot penumpang daripada membawa muatan melebihi had dan memastikan semua bot yang beroperasi memiliki permit sah.

Malah, katanya, inisiatif itu penting bagi mengawal selia aliran pengangkut­an air, khususnya bot ekspres di kebanyakan sungai utama di seluruh negeri berdasarka­n rekod pergerakan yang meningkat, selain peningkata­n jumlah penumpang menjelang sambutan Hari Gawai.

“Operasi Gawai Dayak 2017 mendapati purata penumpang sehari di sini (Terminal Bot Ekspres Sibu) mencecah 8,000 orang, manakala di Kapit dan Song, masing-masing mencatatka­n 3,000 dan 2,000 di Jeti Belaga,” katanya.

Katanya, untuk operasi kali ini, LSS melaksanak­an polisi ‘tiada tiket, tidak boleh masuk’ ke kawasan jeti atau terminal selain memastikan penumpang mengisi borang rekod penumpang.

“Bagi pengusaha bot ekspres pula, LSS menetapkan penggunaan Borang Permohonan Trip Tambahan dikuat kuasa bagi pengusaha yang mahu memohon pertambaha­n perjalanan bot masing-masing.

“Kita akan memastikan setiap pengusaha mematuhi kadar tambang yang diluluskan LSS,” katanya.

Dr Jerip menegaskan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap operator bot yang melanggar peraturan dengan mengenakan kompaun maksimum RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

 ??  ?? DR Jerip (kanan) menyerahka­n risalah keselamata­n sungai kepada penumpang di Terminal Bot Express di Sibu.
DR Jerip (kanan) menyerahka­n risalah keselamata­n sungai kepada penumpang di Terminal Bot Express di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia