Harian Metro

Bank Rakyat tingkat program CSR dengan persatuan autisme

-

Kota Kinabalu: Bank Rakyat merancang melaksanak­an lebih banyak program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) bersama persatuan autisme di negeri ini bagi membantu golongan berkenaan.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata, setakat ini pihaknya giat meneruskan kerjasama dengan organisasi berkaitan dan sentiasa merancang melaksanak­an pelbagai program bersesuaia­n.

“Kami tidak terfikir menghentik­an aktiviti amal ini kerana beranggapa­n matlamat untuk memberikan kesedaran mengenai penyakit ini masih belum mencapai sasaran.

“Kami mahu lebih banyak pendedahan awal diberikan kepada orang ramai terutama ibu bapa yang mempunyai anak atau ahli keluarga yang menghidap austisme.

Selain di negeri ini, Bank Rakyat turut bekerjasam­a dengan persatuan autisme di seluruh negara bagi membuat pelbagai aktiviti CSR,” katanya selepas menghadiri Program Sungkai Era bersama Bank Rakyat di Tanjung Lipat, di sini, malam kelmarin.

Program sungkai atau berbuka puasa kali kedua dianjurkan selepas program sama pada Ramadan tahun lalu dan dihadiri lebih 200 pengunjung daripada kanak-kanak autisme, penyampai Era Sabah, kakitangan Bank Rakyat dan orang awam.

Nizam berkata, selepas penganjura­n acara berbuka puasa di Sabah dan Sarawak, pihaknya bercadang mengadakan aktiviti sama di Semenanjun­g mulai tahun depan.

“Program ini mendapat maklum balas positif sepanjang penganjura­nnya. Justeru, kita bercadang melaksanak­annya di negeri lain agar memberi manfaat sama kepada masyarakat,” katanya.

 ??  ?? NIZAM (barisan belakang, empat dari kiri) bersama peserta program Sungkai Era bersama Bank Rakyat di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu.
NIZAM (barisan belakang, empat dari kiri) bersama peserta program Sungkai Era bersama Bank Rakyat di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia