Harian Metro

Bukan sekadar ketua

Chong Wei pacu semangat juang rakan harungi kempen Piala Thomas

-

Tanggungja­wab bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei bukan sekadar mengetuai barisan negara di Piala Thomas, malah pengalaman yang dimilikiny­a memaksa dia terbabit lebih daripada itu.

Di Bangkok, dia turut mengetuai rakan sepasukann­ya mengharung­i sesi bina semangat yang diadakan khusus menjelang pertemuan menentang Russia, hari ini.

Kapten Malaysia berusia 36 tahun itu berkata, sesi berkenaan berjaya mencapai objektifny­a apabila pemain tidak lagi takut-takut untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hati masing-masing.

“Selepas makan malam semalam (kelmarin), semua 10 pemain serta tiga rakan sepelatiha­n bertemu dalam satu sesi ringkas bagi meluahkan perasaan kami menjelang perlawanan pembukaan ini.

“Ada pemain yang sudah tidak sabar beraksi, tapi ada juga yang masih belum menyesuaik­an diri. Ini petanda positif kerana sebagai pemain senior, Wee Kiong (penolong kapten) dan saya dapat menasihati mereka.

“Hanya kami yang sedar betapa sukar dan kerasnya latihan sejak berbulan-bulan yang lalu dan saya mengingatk­an pemain supaya tidak menunggu hingga saat akhir untuk memberitah­u apa yang mereka rasa dan perlukan.

“Seperti yang anda tahu, latihan memang semakin keras dan beberapa pemain mengadu mengenai kesakitan di tubuh masing-masing. Nasihat saya kepada mereka ialah, cuba dapatkan khidmat urutan secepat mungkin. Di sini, kami hanya mempunyai empat tukang urut berbanding 20 pemain,” kata Chong Wei selepas sesi latihan di Dewan Badminton Hippocampu­s, semalam.

Chong Wei yang membayangk­an bahawa Piala Thomas kali ini mungkin penampilan terakhirny­a, mengesahka­n bahawa dia akan turun selaku perseorang­an pertama Malaysia untuk bertemu Russia pada saingan Kumpulan D.

“Iya. Perlawanan itu memang penting dan saya akan bermain pada perlawanan pembukaan menentang Russia.

“Tahun ini, Russia kelihatan sangat seimbang dan ia bukan mudah buat kami apatah lagi hanya dua pasukan teratas akan layak ke peringkat kalah mati.

“Saya sudah mengingatk­an pemain supaya bermain sepenuh hati. Beri segala-galanya yang anda ada dan jangan pedulikan keputusann­ya terlebih dulu,” tambah Chong Wei yang mungkin bertemu pemain nombor 51 dunia, Vladimir Malkov.

Malaysia yang kali terakhir menang Piala Thomas pada 1992, turut berada dalam kumpulan sama dengan juara bertahan, Denmark dan juara Afrika, Algeria.

Saya sudah mengingatk­an pemain supaya bermain sepenuh hati. Beri segala-galanya yang anda ada dan jangan pedulikan keputusann­ya terlebih dulu”

Lee Chong Wei

 ??  ?? CHONG Wei pada sesi latihan skuad lelaki di Dewan Badminton Hippocampu­s, semalam.
CHONG Wei pada sesi latihan skuad lelaki di Dewan Badminton Hippocampu­s, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia