Harian Metro

NAJIB LUAH PERASAAN DI PEKAN

-

Pekan: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengulangi kenyataan bahawa apa yang berlaku sepanjang minggu lalu adalah perkara yang di luar jangkaan semua pihak, termasuk dakwaan kononnya beliau mencuri duit rakyat.

Katanya, tindakan kerajaan ketika ini yang mendakwa akan melaksanak­an

Rule of Law sepenuhnya adalah tidak sejajar dengan tindakan mereka terhadap beliau dan ahli keluargany­a.

“Mulanya mereka cakap nak ikut Rule of Law... tapi, tuan puan pun tahu (lihat) apa yang saya dan isteri serta ahli keluarga lalui... mereka melakukan pemeriksaa­n dalam rumah saya... rumah anak-anak saya, semuanya mereka angkut (sita), hadiah kahwin anak saya pun mereka ambil... kasut cucu pun mereka ambil... apa maksudnya ini,” katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Serentak Persidanga­n Tahunan Cawangan dan Sayap-Sayap UMNO Bahagian bagi tahun 2018 di Dewan Amphitheat­re, Bangunan UMNO Bahagian Pekan, dekat sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Abu Bakar Harun; Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Zalmah Abd Rahman dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Datuk Shaharuddi­n Ahmad.

Kira-kira 1,000 pimpinan dan ahli UMNO Bahagian hadir pada majlis berkenaan.

Menurutnya, selain itu, kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) juga adalah disebabkan kempen agresif Pakatan Harapan (PH) memburukka­n pucuk pimpinan sebelum ini dengan menyebarka­n fakta mengeliruk­an mengenai keadaan ekonomi negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, beliau antara sasaran pimpinan PH yang diserang dengan pelbagai fitnah bagi mencipta persepsi negatif dalam kalangan rakyat.

“Saya tidak merasakan begitu terkilan dengan kekalahan kita (BN) dalam PRU14 yang lalu, rakyat sudah membuat pilihan dan kita akur dengan keputusan itu.

“Cuma apa yang saya sedih... ia (kekalahan) adalah disebabkan kempen memburuk-burukkan pemimpin BN, terutama saya dan keluarga paling teruk diserang dengan bermacam dakwaan (tuduhan).

“Selain itu, mereka (PH) juga menawarkan janji yang sangat menarik, janjikan bulan dan bintang... janji yang tidak boleh ditepati pun, tapi, itulah (yang rakyat) suka dengar dan akhirnya, rakyat membuat pilihan dengan memilih mereka,” katanya.

Mulanya mereka cakap nak ikut Rule of Law... tapi, tuan puan pun tahu (lihat) apa yang saya dan isteri serta ahli keluarga lalui... mereka melakukan pemeriksaa­n dalam rumah saya... rumah anak-anak saya, semuanya mereka angkut (sita), hadiah kahwin anak saya pun mereka ambil... kasut cucu pun mereka ambil... apa maksudnya ini”

Najib

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia