Harian Metro

SINAR HIDAYAH DALAM PENJARA

 Rumah Ngaji dekatkan banduan kepada Pencipta

- Mohd Fadly Samsudin fadlymedia­prima.com.my

Dani yang juga mualaf memeluk Islam sejak lima tahun lalu dikenakan hukuman penjara selama empat tahun selepas didapati bersalah membuat tuntutan palsu.

Lebih 4,000 penghuni di Penjara Kajang memperoleh manfaat hasil kewujudan Rumah Ngaji yang menumpukan perhatian kepada pengajian al-Quran.

Katanya, selepas tamat hukuman nanti, ilmu yang diperoleh akan dimanfaatk­an untuk membimbing isteri, anak serta rakan supaya mereka kembali kepada fitrah Islam.

Pengarah Penjara Kajang Abdul Halim Ma Hasan berkata, kelas al-Quran itu bermula jam 9 pagi hingga selepas Asar setiap hari.

“Bilik yang digunakan cukup selesa dan boleh memuatkan sehingga 100 orang pada setiap sesi. Kami akan mengatur serta menjadualk­an setiap penghuni mengikut blok.

“Penghuni juga dikelaskan mengikut tahap kebolehan masing-masing. Bagi yang langsung tidak mengenal huruf, mereka akan belajar peringkat paling asas sehingga peringkat boleh membaca al-Quran dengan baik,” katanya.

Beliau berkata, perubahan paling ketara yang dapat dilihat selepas pelaksanaa­n program Rumah Ngaji di penjara itu adalah tahap disiplin serta emosi banduan lebih terkawal.

“Di sini mereka bukan saja membaca al-Quran, malah kandungan al-Quran juga dihayati dan difahami melalui konsep tadabbur. Itu yang menjadikan mereka dapat menghayati nilai murni.

“Apabila tiba waktu solat, mereka akan mematuhiny­a dengan baik, malah kes perlanggar­an disiplin juga berkuranga­n,” katanya ketika lawatan ke Rumah Ngaji Penjara Kajang, di sini, baru-baru ini.

Abdul Halim berkata, sebelum ini, pihaknya tiada tempat khusus untuk mengadakan pengajian al-Quran.

Menurutnya, Penjara Kajang adalah penjara pertama menubuhkan cawangan Rumah Ngaji pada 2015.

“Berdasarka­n kejayaan Projek Rumah Ngaji di Penjara Kajang, ia kemudian menjadi rujukan penjara lain.

"Program ini juga bertepatan dengan usaha kami untuk menekankan aspek pendidikan dan pemulihan kepada banduan," katanya.

Di sini mereka bukan saja membaca al-Quran, malah kandungan al-Quran juga dihayati dan difahami melalui konsep tadabbur”

Abdul Halim Ma Hasan

“Di sini (penjara) saya dapat belajar agama dan mempelajar­i al-Quran secara sepenuh masa,” kata penghuni Penjara Kajang dikenali sebagai Dani, 52, yang mengambil kesempatan daripada kewujudan Rumah Ngaji untuk memperbaik­i bacaannya.

Menurutnya, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berubah mencari ketenangan sekiranya tidak menerima hukuman penjara di penjara terbabit.

“Saya akui ketika bebas dan mempunyai jawatan di luar dulu, penghayata­n terhadap Islam sangat kurang walaupun bergelar seorang Muslim.

“Di penjara ini saya belajar lebih mendalam mengenai Islam, dari tidak kenal huruf al-Quran kini sudah mampu menghafaln­ya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN penghuni yang mengikuti kelas pengajian al-Quran di Rumah Ngaji di Penjara Kajang.
SEBAHAGIAN penghuni yang mengikuti kelas pengajian al-Quran di Rumah Ngaji di Penjara Kajang.
 ?? FOTO: ?? ABDUL Halim meninjau Rumah Ngaji di Penjara Kajang. Gambar bulat, beliau memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada penghuni.
SAIFULLIZA­N TAMADI
FOTO: ABDUL Halim meninjau Rumah Ngaji di Penjara Kajang. Gambar bulat, beliau memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada penghuni. SAIFULLIZA­N TAMADI
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia