Harian Metro

PAS tawar jadi rakan dialog

 MCA pertikai langkah penubuhan Majlis Penasihat Kerajaan

- Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@NSTP.com.my

MCA mempertika­ikan fungsi Majlis Penasihat Kerajaan kerana dianggap samar dari segi kuasa, kesahihan dan perlembaga­an.

Jurucakap MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu memberi penerangan dengan jelas kepada rakyat berhubung penubuhan majlis itu.

“Walaupun penubuhan majlis ini berfungsi sebagai penasihat kepada kerajaan dan dianggotai individu terkenal, adakah majlis ini hanya membantu kerajaan PH merealisas­ikan janji 100 hari mereka?

“Apa yang lebih membimbang­kan ialah isu di sebalik penubuhan majlis itu dari segi perlembaga­an, kesahihan dan kuasa perlu diterangka­n dengan lebih lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Lian Ker berkata, kerajaan juga perlu menjelaska­n sama ada majlis itu berfungsi seperti Majlis Syura Ulama (MSU) PAS yang berperanan menentukan dasar negara melangkaui anggota kerajaan.

“Adakah kita membina platform atas nama majlis politik untuk mengambil alih atau merampas kuasa daripada Kabinet atau institusi yang digariskan Perlembaga­an Persekutua­n?

“Anggota Kabinet perlu menjawab kepada rakyat jika ada kesilapan lebih-lebih lagi ketika pilihan raya, tetapi Majlis Penasihat Kerajaan ini perlu menjawab kepada siapa?” soalnya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengumumka­n pelantikan lima pakar bagi menganggot­ai Majlis Penasihat Kerajaan yang berperanan menasihati kerajaan mengenai ekonomi dan kewangan ketika proses peralihan kuasa.

Mereka ialah bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Tan Sri Hassan Merican, tokoh korporat Robert Kuok dan pakar ekonomi Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.

 ??  ?? LIAN Ker
LIAN Ker

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia