Harian Metro

‘TIDURKU TETAP LENA’

“Apabila kita berada di atas, semua orang sanjung, tetapi apabila kita mengalami masalah, keadaan menjadi seperti dijangkaka­n. Ia sebahagian kitaran kehidupan. Saya tidak kisah. Saya okay,” kata Datin Seri Rosmah Mansor. Isteri bekas Perdana Menteri itu j

- Mohd Azam Shah Yaakob cnews@nstp.com.my

Perkara ini adalah normal dalam politik. Apabila kita berada di atas, semua orang sanjung, tetapi apabila kita mengalami masalah, keadaan menjadi seperti dijangkaka­n. Ia adalah sebahagian daripada kitaran kehidupan”

Rosmah  Rosmah akui tenang meskipun bekas rakan sekutu berpaling tadah berikutan kekalahan BN

Datin Seri Rosmah Mansor mengakui kini boleh tidur lena biarpun beberapa bekas rakan sekutunya berpaling tadah berikutan kekalahan suaminya, Datuk Seri Najib Razak yang memimpin Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Rosmah dalam temu bual khas bersama akhbar The Malay Mail kelmarin berkata, beliau tidak menyimpan dendam terhadap individu terbabit yang kini menyalahka­n suaminya.

“Perkara ini adalah normal dalam politik. Apabila kita berada di atas, semua orang sanjung, tetapi apabila kita mengalami masalah, keadaan menjadi seperti dijangkaka­n. Ia adalah sebahagian daripada kitaran kehidupan.

“Saya tidak kisah. Saya okay. Semua orang mempunyai hak untuk bercakap apa yang mereka mahu cakapkan,” katanya.

Dalam laporan dikeluarka­n The Malay Mail, Rosmah menyatakan bahawa fokusnya sekarang adalah untuk melindungi diri serta keluargany­a.

Bagaimanap­un, beliau menyatakan harapan supaya kehidupan mereka kembali normal secepat mungkin.

“Buat masa ini, kami menghadapi apa yang berlaku dengan baik. Lagipun, berada dalam sebuah keluarga politik, kami sudah terbiasa dengan keadaan sebegini.

“Ini adalah sebahagian ujian dan cabaran dalam politik,” kata Rosmah yang turut ditemani peguamnya, Datuk Geethan Ram Vincent dan M Puravalen selain beberapa kenalan rapat.

Dalam wawancara itu, Rosmah menyatakan dia kini lebih bebas melakukan apa saja termasuk tidur lebih lena.

“Ini adalah kehidupan yang perlu dihadapi dan saya tidak mempunyai masalah dengannya. Saya tidak minta perkara ini berlaku namun ia kehidupan lebih baik apabila kini saya boleh melakukan segala apa yang saya mahu lakukan.

“Jika saya mahu tidur, saya boleh tidur lena dan bangun apabila suka,” katanya.

Bagaimanap­un, Rosmah berharap supaya perkara (siasatan dan serbuan polis) di rumahnya berakhir dengan cepat dan mahu meneruskan kehidupan seperti biasa.

Selain itu, Rosmah turut meminta polis melayani keluargany­a dengan baik sebagai warga Malaysia.

“Saya boleh terima semua serbuan dilakukan sehingga awal pagi itu. Saya memahaminy­a.

“Namun, saya percaya seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Disebabkan itu, kami mahukan layanan sebagai manusia. Hak untuk dihormati,” katanya.

 ??  ?? ROSMAH hadir di majlis berbuka puasa di rumahnya Seri Kenangan, Pekan,
malam tadi.
ROSMAH hadir di majlis berbuka puasa di rumahnya Seri Kenangan, Pekan, malam tadi.
 ??  ?? NAJIB menunaikan solat hajat yang diimankan oleh Timbalan Kadi Daerah Pekan, Izzuddin Abd Mutalib di pekarangan Seri Kenangan, Pekan, semalam. ROSMAH hadir pada majlis berbuka puasa di Seri Kenangan, Pekan, semalam.
NAJIB menunaikan solat hajat yang diimankan oleh Timbalan Kadi Daerah Pekan, Izzuddin Abd Mutalib di pekarangan Seri Kenangan, Pekan, semalam. ROSMAH hadir pada majlis berbuka puasa di Seri Kenangan, Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia