Harian Metro

REZEKI KEPAL LOKLIK ABU

 Peniaga raih RM2,000 sehari jual 30 jenis kuih

- Zarina Abdullah cnews@nstp.com.my

Namanya pelik namun kuih penganan dan kuih kepal loklik abu antara juadah paling laris berikutan menjadi kegemaran pelanggan di Pasar Batu 6, di sini.

Peniaga, Samsiah Safie, 58, berkata, selain dua jenis kuih itu, dia turut menjual kuih lain antaranya kuih lapis, penganan kacang, penganan telur, karipap ubi dan pelbagai jenis popia.

“Sepanjang Ramadan ini, saya memang tidak menang tangan memasak puluhan jenis kuih dibantu tiga anak serta seorang pekerja.

“Saya jual 30 jenis kuih, sekali ganda lebih banyak berbanding hari biasa. Sebahagian daripada kuih ini saya buat sendiri dan selebihnya dihantar orang perseorang­an dan pada bulan puasa, saya memulakan perniagaan jam 3.30 petang setiap hari,” katanya.

Samsiah yang berniaga di situ sejak berusia 10 tahun berkata, pada mulanya dia membantu ibu dan kemudian mengambil alih tugas meneruskan perniagaan keluarga.

Menurutnya, berkat kesungguha­nnya berniaga, pada hari biasa dia mampu memperoleh RM800 hingga RM1,000 sehari. Angka berkenaan meningkat kepada RM2,000 sehari setiap kali Ramadan.

“Tahun ini kami jual kuih lebih banyak dan harga sama seperti tahun lalu,” kata ibu kepada 12 anak berusia 12 hingga 27 tahun itu.

Katanya, walaupun suasana jualan di situ sangat menggalakk­an, dia berharap kerajaan negeri baru dapat menyediaka­n ruang berniaga lebih kondusif dan teratur.

“Laluan sempit menyukarka­n orang ramai bergerak jadi kalau boleh saya dan peniaga lain berharap masalah ini dapat diselesaik­an,” katanya.

 ??  ?? SAMSIAH menunjukka­n kuih kepal loklik abu yang dijual di gerainya di Pasar Batu 6.
SAMSIAH menunjukka­n kuih kepal loklik abu yang dijual di gerainya di Pasar Batu 6.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia