Sandaran utama
Kehadiran Amutu ganti Forkey Doe tambah bisa di bahagian serangan skuad
Gandingan Patrick Cruz dan Austin Amutu menjadi sandaran utama skuad Pahang apabila bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, malam ini.
Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, kehadiran Amutu menggantikan Francis Forkey Doe yang mengalami kecederaan serius dapat menambah bisa di bahagian serangan skuad itu.
“Sudah pasti saya mahu lihat gandingan dua penyerang import ini memberi impak besar terutama berkaitan persefahaman dan kemampuan mereka merobek gawang lawan.
“Pada masa sama, Issey Nakajima yang turun buat kali pertama dalam pasukan ini diyakini memberi lebih kekuatan di bahagian tengah, sekali gus membantu jentera serangan diketuai Cruz dan Amutu.
“Dengan kehadiran dua pemain baru dalam pasukan, saya percaya skuad Tok Gajah kembali bersedia untuk melonjakkan prestasi untuk meraih kejayaan membanggakan musim ini,” katanya.
Ditanya peluang mengutip tiga mata di Alor Setar malam esok, Dollah mengharapkan skuad kendaliannya itu dapat merekodkan kemenangan biarpun bakal berdepan cabaran sengit memandangkan Helang Merah mempamerkan peningkatan.
“Kami tidak boleh terlepas liat ditumpaskan.
Selain itu dia yang pernah beraksi dalam Liga Oman bersama kelab Al-Suwaiq turut menggesa rakan sepasukan mengawal ketat rangkaian penyerang skuad itu selain perlu mematahkan setiap gerakan mereka bermula di posisi tengah lagi.
“Kita hilang tiga mata di laman mereka tempoh hari dan untuk aksi malam esok kita perlu mengalahkan mereka, namun apa yang penting rakan sepasukan perlu lebih bersemangat walaupun beraksi pada bulan puasa selain mengharapkan sokongan padu daripada peminat setia,” kata Tchetche.