Rawat wajah kusam
Set penjagaan daripada
pati bunga-bungaan
Jenama penjagaan kulit premium Miss
Orkid memperkenalkan set penjagaan wajah terbarunya mengandungi pati bunga-bungaan.
Bukan saja membantu kulit kering dan berminyak, set penjagaan wajah ini juga berupaya mencerahkan wajah kusam kesan selaran matahari atau berpunca daripada penggunaan produk mengandungi merkuri.
Menurut pengasas jenama, Norlida Abdul Malik, dia sendiri mencuba sampel produk berkenaan selama setahun untuk memastikan ia selamat digunakan sebelum dipasarkan.
“Set penjagaan ini terdiri daripada sabun dan tiga jenis krim berbeza. Love Purple Bar adalah sabun pembersih wajah yang bebas SLS (sodium lauryl sulfate). Ia mengandungi vitamin E untuk membantu menangani kesan penuaan serta manik halus dipanggil Jojoba Blink yang berfungsi menanggalkan sel kulit mati dengan lembut.
“Krim Pinky Beauty pula digunakan selepas pencuci muka. Krim ini bertindak seperti penyegar dan mampu mengecilkan pori wajah serta membantutkan pertumbuhan jerawat. Menariknya, pelembap wajah ini menggabungkan ekstrak teratai, magnolia, lili dan peony,” katanya.
Dua lagi krim untuk meremajakan kulit pada siang dan malam. Ia mengandungi pelbagai tumbuhan termasuk timun, aloe vera, kamomil dan suponaria, sejenis bunga herba di kawasan pergunungan di Eropah.
HAPUSKAN JERAWAT
Eucerin, salah satu jenama dermo-kosmetik dipercayai seluruh dunia menghasilkan produk antijerawat yang bukan saja menyuburkan kulit, malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut.
Eucerin ProACNE Solution AI Clearing Treatment diformulasikan dengan bahan aktif yang berkesan mengurangkan jerawat dalam tempoh hanya dua minggu tanpa mengeringkan kulit.