Harian Metro

ARUL KANDA DAKWA TIDAK TAHU MENAHU

-

Putrajaya: 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) mengesahka­n mereka sudah muflis dan tidak mampu membayar hutangnya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, perkara itu dinyatakan sendiri oleh Pengarah 1MDB kepadanya sewaktu sesi perjumpaan petang tadi.

Pada perjumpaan itu, Guan Eng bersama tiga Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Datuk Siti Zauyah Md Desa, Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir dan Datuk Asri Hamidon berjumpa dengan dua ahli Lembaga Pengarah 1MDB Datuk Norazman Ayob dan Datuk Kamal Mohd Ali.

Selain itu, Guan Eng turut mengadakan perjumpaan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang ditemani bekas Ketua Pegawai Kewanganny­a (CFO) Azmi Tahir dan bekas Penasihat Undang-undangnya Ivan Chen.

Guan Eng berkata, tujuan perjumpaan itu adalah untuk mengetahui status kewangan 1MDB terutama keupayaan syarikat itu membayar semula hutangnya.

“Kedua-dua pengarah 1MDB mengesahka­n bahawa 1MDB sudah muflis dan tidak mampu membayar hutang mereka.

“Bekas CFO, Azmi telah menulis kepada kementeria­n pada Mac lalu menyatakan yang 1MDB tidak mampu melangsaik­an faedah yang akan berakhir pada bulan April dan Mei ini.

“Bagaimanap­un, ketika ditanyakan perkara ini kepada Arul, beliau mengatakan sedang bercuti sehingga tamat kontraknya pada Jun ini. Justeru beliau mendakwa tidak tahu menahu mengenai kedudukan kewangan syarikat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? GUAN Eng
GUAN Eng

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia