Harian Metro

‘APA SALAH SAYA?’

Abdul Azeez dakwa wang tunai RM500,000 dirampas SPRM digunakan dalam misi KP1M

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

“Duit yang dirampas itu adalah yang saya gunakan dalam misi kemanusiaa­n Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M). Saya tak tahu apa salah saya. Selama ini dalam parti (UMNO) saya buat kerja kebajikan saja,” kata Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengenai serbuan SPRM di lima lokasi berbeza membabitka­n kediaman dan juga pejabatnya, selain rampasan wang tunai hampir RM500,000 serta lebih 20 jam tangan miliknya, kelmarin,

lapor Yusmizal Dolah Aling

“Duit yang dirampas membabitka­n pelbagai mata wang itu saya gunakan dalam misi kemanusiaa­n Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) selama ini. Saya pun tak tahu apa salah saya sehingga rumah dan pejabat diserbu.

“Selama ini dalam parti pun saya buat kerja kebajikan. Sama ada ia kena-mengena dengan politik atau tidak, saya sendiri tidak tahu dan perlu tunggu siasatan.

“Kenapa saya disiasat dan atas dakwaan apa, itu semua saya tidak tahu langsung,” kata Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengenai serbuan serentak dijalankan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di lima lokasi berbeza membabitka­n kediaman dan juga pejabatnya serta rampasan wang tunai hampir RM500,000 dan lebih 20 jam tangan peribadi miliknya, kelmarin.

Abdul Azeez yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata sebagai seorang ahli politik, beliau memberi kerjasama penuh kepada pihak berwajib bagi melancarka­n siasatan atas apa juga dakwaan ke atasnya.

“Saya banyak buat kerja kebajikan. Seperti bulan puasa ini, saya ada program di merata tempat. Apa yang saya tahu saya buat yang terbaik, apa yang akan berlaku, saya serahkan kepada Allah SWT,” katanya.

Dalam serbuan yang dilakukan kelmarin, SPRM merampas 20 jenis mata wang asing pelbagai negara antaranya Taka (Bangladesh), Rufiya (Maldives), Riyal (Arab Saudi) dan jPound Sterling dengan nilai tukaran RM1.2 juta.

Selain pejabatnya di ibu negara, kediaman Abdul Azeez di Baling, Kedah juga diperiksa namun tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini.

Abdul Azeez berkata, pegawai SPRM menjalanka­n tugas secara profesiona­l dan pihaknya masih menunggu maklumat lanjut mengenai perkembang­an siasatan.

“Buat masa ini, saya masih teruskan tugas dan kerja kemanusiaa­n seperti biasa. Tiada masalah berlaku.

“Saya tak rasa ini ada kaitan dengan Tabung Haji, mungkin susulan daripada satu laporan polis dibuat penyokong sebuah parti di Parlimen Baling,” katanya yang turut mengumumka­n peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Tabung Haji, semalam.

Kenapa saya disiasat dan atas dakwaan apa, itu semua saya tidak tahu langsung Abdul Azeez

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia