Harian Metro

SPAD, JASA, JKKKP, Majlis Profesor Negara dibubarkan

-

Putrajaya: Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumka­n Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) serta Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JKKP) dibubarkan.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Kabinet pertama di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.

Mengulas mengenai pembubaran MPN, Dr Mahathir berkata, beliau mendapati banyak unsur politik mempengaru­hi majlis berkenaan.

“Mulanya ia (MPN) satu badan yang kita guna untuk dapatkan maklumat daripada orang yang ada pengetahua­n tinggi tapi akhir-akhir ini, ia (MPN) banyak unsur politik. Justeru, kita tidak mahu ulangi amalan tidak baik itu.

“Sama ada ditubuhkan bentuk (agensi atau majlis) lain belum dipastikan,” katanya.

Mengenai pembubaran SPAD, Perdana Menteri memaklumka­n, tugas suruhanjay­a itu akan diambil alih Kementeria­n Pengangkut­an.

Selain itu, beliau berkata, JASA dan JKKP dibubarkan kerana ia berunsur politik.

“JKKP akan digugurkan kerana ia banyak berpolitik dan bukan pentadbira­n, sebaliknya kita ada pegawai kerajaan untuk menjalanka­n tugas itu dan kita tidak akan ganti bayaran kepada JKKP,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, proses penamatan kakitangan awam lantikan kontrak yang berkaitan politik akan diteruskan, namun kerajaan akan mengambil kira golongan yang berpendapa­tan rendah.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, banyak agensi dan institusi lain yang terbabit dalam menasihati kerajaan terdahulu dan dibayar oleh kerajaan juga akan dibubarkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia