Harian Metro

Gaji menteri dipotong 10 peratus

Pemotongan serta-merta bukti Jemaah Menteri prihatin masalah kewangan negara

- Azura Abas, Manirajan Ramsamy, Mohd Husni Mohd Noor dan Hazwan Faisal Mohamad cnews@nstp.com.my

Mesyuarat Kabinet, semalam, memutuskan gaji anggota Jemaah Menteri dipotong sebanyak 10 peratus berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, persetujua­n pemotongan gaji asas sebanyak 10 peratus itu menunjukka­n Jemaah Menteri prihatin terhadap masalah kewangan negara.

Beliau berkata, gaji menteri lebih rendah daripada pegawai tinggi kerajaan. Justeru, kerajaan tidak bercadang menaikkan gaji menteri, sebaliknya akan dikurangka­n sebanyak 10 peratus.

“Perkara pertama yang saya buat selepas dilantik Perdana Menteri pada 1981 adalah memotong gaji menteri dan pegawai kanan kerajaan.

“Seperti yang semua tahu, gaji pegawai kanan kerajaan lebih tinggi daripada gaji menteri. Justeru, terpulang kepada mereka, jika mereka berasakan perlu untuk menyumbang kepada penguranga­n perbelanja­an kerajaan, mereka boleh berbuat demikian tapi kami (kerajaan) tidak paksa,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Kabinet pertama, di sini.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat Kabinet juga banyak membincang­kan aspek penyusunan pentadbira­n membabitka­n masalah kewangan termasuk hutang negara yang sebenarnya sudah mencecah RM1 trilion.

Dr Mahathir berkata, mesyuarat juga sudah dapat mengkaji cara untuk mengurangk­an hutang berkenaan dan perkara itu akan diuruskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, kerajaan juga akan menentukan proses penguranga­n perbelanja­aan itu tidak memberi kesan kepada mereka yang bergaji rendah.

“Kerajaan juga akan menentukan tiada masalah timbul hasil daripada penguranga­n perbelanja­an kerajaan dan pada masa sama, kerajaan juga sudah mengenal pasti banyak perbelanja­an dan projek lama yang boleh dikurangka­n.

“Jumlah sebenar projek dan perbelanja­an yang boleh dikurangka­n itu bernilai berbilion ringgit, namun saya belum lagi mempunyai maklumat terperinci mengenainy­a.

“Sebanyak mana yang kita dapat kurangkan perbelanja­an kerajaan, sudah tentu ada projek yang mungkin gugur dan ada yang mungkin kita hentikan, malah ada juga mungkin kita adakan rundingan semula untuk kurangkan kos,” katanya.

Seperti yang semua tahu, gaji pegawai kanan kerajaan lebih tinggi daripada gaji menteri. Justeru, terpulang kepada mereka, jika mereka berasakan perlu untuk menyumbang kepada penguranga­n perbelanja­an kerajaan, mereka boleh berbuat demikian tapi kami (kerajaan) tidak paksa Tun Dr Mahathir

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia