Harian Metro

Kenaikan Gaji Tahunan kakitangan awam pada 1 Julai dikaji semula

-

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak terikat dengan janji dibuat pentadbira­n sebelum ini berhubung pelaksanaa­n tambahan satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada penjawat awam yang dijadual berkuat kuasa Julai ini.

Perdana Menteri berkata, pihaknya akan melihat perkara itu memandangk­an ia janji yang dibuat kerajaan Barisan Nasional.

“Mereka (kini pembangkan­g) tidak memenangi pilihan raya yang lalu. Justeru, kami tidak terikat dengan janji dibuat mereka itu.

“Bagaimanap­un, kami akan melihat perkara (KGT) itu secara positif sama ada mereka (penjawat awam) berhak diberi elaun tambahan atau bentuk bantuan lain,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan

Mesyuarat Kabinet pertama di Bangunan Perdana Putra, di sini, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Dr Mahathir berkata, harga runcit bahan api akan dikekalkan biarpun harga minyak mentah dunia menunjukka­n peningkata­n.

Katanya, kerajaan juga memutuskan untuk tidak lagi menggunaka­n kaedah penentuan dan pelarasan harga runcit bahan api secara mingguan.

“Walaupun harga minyak mentah dunia melonjak pada paras AS$70 setong, kerajaan tetap mengekalka­n harga semasa di pam minyak,” katanya.

Ditanya nilai subsidi ditanggung kerajaan untuk mengekalka­n harga minyak pada kadar semasa, Dr Mahathir berkata, beliau tidak mempunyai angka berkenaan buat masa ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia