Harian Metro

Operasi cari MH370 berakhir 29 Mei

-

Kerajaan memutuskan akan mengkaji semula operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, nasib pesawat itu kini terletak sepenuhnya di tangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan beliau tidak menolak kemungkina­n usaha pencarian itu akan ditamatkan jika didapati tidak mendatangk­an hasil.

“Kerajaan mahu segala butiran mengenai operasi pencarian pesawat berkenaan oleh pihak berkaitan dan jika didapati tidak perlu, kontrak pencarian itu tidak akan diperbahar­ui,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Kabinet pertama di sini, semalam.

Pada 10 Januari lalu, Malaysia menandatan­gani perjanjian dengan Ocean Infinity Limited untuk melakukan pencarian selama 90 hari di kawasan laut dalam yang dianggap lokasi paling berkemungk­inan menemui bangkai pesawat terbabit.

Pencarian terbaru bagi pesawat Boeing 777 yang hilang itu dilaporkan bermula pada 19 Januari lalu atas dasar ‘tidak jumpa, tiada bayaran’ membabitka­n 65 anak kapal termasuk dua pegawai daripada Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai wakil kerajaan.

Setakat 6 Mei lalu, kapal pembina Seabed sudah meliputi pencarian di kawasan seluas 76,000 kilometer persegi.

Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook memaklumka­n, kerajaan bersetuju melanjutka­n tempoh pencarian MH370 selama seminggu lagi sehingga 29 Mei ini.

Beliau berkata, ia dibuat atas permintaan syarikat penerokaan dasar laut

Ocean Infinity Limited yang bertanggun­gjawab melakukan operasi pencarian pesawat itu ketika ini.

 ??  ?? ANTHONY
ANTHONY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia