Harian Metro

Abdullah Fahmi terima rumah baru

-

Pemberian hadiah seperti rumah ini adalah perkara biasa seperti mana kita memberi kepada mana-mana wakil negeri yang mencapai johan di peringkat antarabang­sa”

Ahmad Yakob

Kerajaan negeri akan menghadiah­kan sebuah rumah bernilai

RM120,000 kepada qari Kelantan, Abdullah Fahmi Che Nor yang muncul johan dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabang­sa (MTHQA) ke-60, pada 12 Mei lalu.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob selepas mengadakan perbincang­an dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pertama di Kompleks Kota Darul Naim di sini, semalam.

Ahmad berkata, anugerah itu diberikan kepada Abdullah, 34, bagi menghargai pencapaian­nya yang mewakili Kelantan menjuarai pertanding­an berkenaan sehingga mengharumk­an nama negeri dan Malaysia.

“Pemberian hadiah seperti rumah ini adalah perkara biasa seperti mana kita memberi kepada mana-mana wakil negeri yang mencapai johan di peringkat antarabang­sa.

“Hadiah ini akan diberikan melalui agensi kita, tidak kira di mana-mana nanti. Ia sebagai menghargai keupayaann­ya kerana dapat menjadi johan,” katanya.

Pada MTHQA itu, Abdullah bersama qariah Melaka, Suhailah Zulkifly yang mewakili Malaysia diumumkan sebagai johan kategori tilawah dengan kutipan markah masing-masing 92.09 markah dan 92.05 markah.

Kemenangan itu membolehka­n mereka menerima kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad berkata, portfolio baru dipegang timbalanny­a, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Pentadbira­n Awam, Pembanguna­n Wilayah, Kesejahter­aan Rakyat dan Integriti diberikan bagi memberi tumpuan mengenai penguatkua­saan terhadap hasil kerajaan negeri.

 ??  ?? ABDULLAH Fahmi
ABDULLAH Fahmi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia