Harian Metro

‘Saya mohon maaf andai status Twitter mengguris hati’

-

Kuala Lumpur: “Saya mohon maaf andai status Twitter berkaitan Perdana Menteri mengguris hati mana-mana pihak. Saya tidak bermaksud apa-apa,” kata pelakon Johan As’ari yang dikecam netizen selepas memuat naik status ‘Cuba Check Rumah Tun, Mesti Banyak Juga Duit’ menerusi akaun Twitter miliknya, baru-baru ini.

Johan ketika dihubungi berkata, dia tidak berniat buruk, sebaliknya sekadar bergurau dan tidak menjangka perkara itu mengundang kemarahan netizen.

“Saya amat mengagumi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) . Saya menyifatka­n Tun M seorang yang pintar, begitu juga dengan pemimpin terdahulu yang mempunyai kelebihan tersendiri.

“Sebagai rakyat biasa, status yang dimuat naik itu hanya sekadar trigger diri saya untuk sentiasa ambil berat kepada para pemimpin, lebih-lebih lagi apabila berkait isu rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang digeledah pihak berkuasa berhubung siasatan kes 1MDB,” katanya.

Menurut Johan, dia sebenarnya kasihan melihat Datuk Seri Najib dan keluargany­a yang berdepan cabaran berat ketika ini.

“Saya kasihan melihat Datuk Seri Najib dan keluargany­a. Apapun saya ingin mohon maaf sekali lagi andai saya mengguris hati banyak pihak.

“Bagi saya, biarlah pihak berkuasa yang menghakimi isu terbabit. Sebagai rakyat Malaysia, jadilah manusia yang intelektua­l dan jangan hakimi sesesorang selagi belum disabitkan salah. Kita tunggu dan lihat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia