Harian Metro

Suami isteri penipu

Perdaya jurujual bagi urusan pembebasan ahli keluarga ditahan polis

- Shahrinnah­ar Latib cnews@nstp.com.my

Sepasang suami isteri ditahan di FELDA Bukit Sagu 2, malam kelmarin selepas disyaki memperdaya seorang jurujual yang kononnya mampu mempercepa­tkan urusan pembebasan ahli keluargany­a yang ditahan kerana kesalahan dadah.

Difahamkan, kedua-dua suspek berusia 36 dan 49 tahun itu didakwa meminta bayaran RM3,500 daripada mangsa bagi membebaska­n sepupunya iaitu warga Kemboja yang ditahan kerana tidak memiliki pas perjalanan sah dan disahkan positif dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek ditahan jam 11 malam susulan laporan dibuat mangsa yang mendakwa bertemu suspek pertama dikenali Kak Ani pada 9 Mac lalu di pekarangan Mahkamah Majistret Kuantan.

“Kak Ani memaklumka­n kepada mangsa, suaminya seorang anggota polis dan menawarkan bantuan untuk membebaska­n sepupunya yang ditahan selepas pemeriksaa­n air kencing mendapati positif dadah.

“Suspek kemudian memberikan nombor telefon bimbit suaminya, sebelum mangsa berhubung dengan suaminya yang dikenali sebagai Izuan menggunaka­n aplikasi WhatsApp,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Wazir berkata, pada 3 Mei lalu, mangsa berjumpa dengan kedua-dua suspek di sebuah pusat beli-belah di |daerah ini bagi membincang­kan urusan pembebasan sepupunya itu.

“Izuan meminta RM3,500 untuk bayaran kepada mahkamah dan Jumaat lalu, mangsa menyerahka­n wang berkenaan kepada Izuan sebelum memaklumka­n sepupunya akan dibebaskan Isnin depan (kelmarin).

“Namun ketika di mahkamah, kelmarin, kedua-dua suspek tidak hadir dengan alasan berkursus di Putrajaya dan mangsa menyedari ditipu selepas sepupunya tidak dibebaskan seperti dijanjikan suspek,” katanya.

Beliau berkata, suami isteri itu ditahan reman bermula semalam sehingga Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia