Harian Metro

Ibu syak anak didera mak saudara

- Hazsyah Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Lelaki parah di kedua-dua belah kakinya akibat diserang buaya ketika mandi di sungai dekat Kampung Popok, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Aidi Amir, 36, dikatakan mandi di sungai berikutan kampung terbabit menghadapi masalah bekalan air sebelum diserang reptilia berkenaan menyebabka­nnya parah di kaki.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga, ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Berdasarka­n laporan, mangsa bersama seorang rakannya pergi ke sungai itu untuk mandi dan ketika berada di tebing, tiba-tiba kakinya disambar buaya sebelum Penampang: Bayi perempuan berusia setahun lebam di muka, badan dan kaki disyaki didera nenek saudaranya di rumah ibu mangsa di pekan Donggongon, di sini, Sabtu lalu.

Kejadian disedari ibu bayi berkenaan apabila melihat keadaan anaknya itu selepas pulang daripada kerja jam 1 pagi.

Susulan kejadian itu, ibu bayi terbabit membawa anaknya ke hospital sebelum membuat laporan polis, jam 12.13 tengah hari, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, siasatan mendapati bayi perempuan itu dijaga oleh nenek saudaranya kerana ibu mangsa ketika itu sedang bekerja.

“Ketika pulang bekerja, wanita itu mendapati beberapa kesan lebam di muka, badan dan kaki anaknya lalu bertanya kepada ibu saudaranya, namun menyatakan dia tidak tahu.

“Ibu mangsa mengesyaki ibu saudaranya yang melakukan perkara itu kerana tiada sesiapa yang ada bersama mangsa selain wanita berkenaan,” katanya.

Mohd Haris berkata, siasatan lanjut pada fizikal mangsa terdapat kesan lebam pada belakang, kedua-dua kaki, paha sebelah kaki kiri dan atas kening sebelah kiri.

“Mangsa kini berada di wad Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Likas, di sini, untuk rawatan lanjut dan polis masih mengumpul maklumat bagi mengesan suspek perempuan berusia 42 tahun,” katanya.

 ??  ?? LOKASI lelaki parah akibat diserang buaya. Gambar kecil, kesan luka.
LOKASI lelaki parah akibat diserang buaya. Gambar kecil, kesan luka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia