Harian Metro

Ketar badan

Terima khabar rumah terbakar pulang dari masjid

- Amirul Aiman Hamsuddin cnews@nstp.com.my

“Walaupun rumah musnah, al-Quran yang disimpan dalam almari tidak dimamah api,” kata lelaki warga emas, Ahmad Tasno, 69.

Dalam kejadian jam 4 petang kelmarin, rumah yang didiami sejak 30 tahun lalu itu musnah dalam kebakaran di Jalan Bernam, Pasir Panjang, di sini.

Ahmad berkata, ketika kejadian, dia dan isteri, Mariah Rosman, 55, menunaikan solat Asar berjemaah di masjid berdekatan.

“Selesai solat, saya dimaklumka­n jiran di masjid ternampak bahagian belakang rumah berasap.

“Keresahan hati saya terjawab apabila melihat api sudah marak memusnahka­n rumah kami sehingga menyebabka­n seluruh badan ini menggeleta­r tanpa henti,” katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Sungai Besar, Muslimin Yahaya yang turut menyerahka­n sumbangan kepada pasangan warga emas itu.

Menurutnya, dia cuba masuk ke dalam rumah untuk mengambil kunci kereta, barangan berharga dan dokumen penting.

“Namun keadaan tidak mengizinka­n kerana api terlalu marak dan saya hanya sempat mencapai kunci kereta dan buku bank.

“Barangan lain seperti televisyen dan perabot musnah kecuali al-Quran dan kitab agama yang diletakkan di dalam almari di ruang tamu,” katanya yang menganggar­kan kerugian hampir RM100,000.

Orang ramai yang ingin menyalurka­n sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam (1205602265­9479) atas nama Ahmad Tasno atau menghubung­inya di talian 013-3136997.

 ??  ?? MUSLIMIN (tiga dari kiri) menyaksika­n pemberian sumbangan daripada wakil Lembaga Zakat Selangor (LZS) (kanan) kepada Ahmad di Jalan Bernam, Pasir Panjang.
MUSLIMIN (tiga dari kiri) menyaksika­n pemberian sumbangan daripada wakil Lembaga Zakat Selangor (LZS) (kanan) kepada Ahmad di Jalan Bernam, Pasir Panjang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia