Harian Metro

‘Mahu simpan lukisan sebagai sejarah negara’

-

Kuala Lumpur: “Saya mahu menyimpan lukisan ini sebagai sejarah yang pernah berlaku di negara ini,” kata pelukis, Tan Poh Chuan, 45, yang ‘muncul’ di depan kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini, semalam.

Kehadiran

pelukis

itu mencuri tumpuan petugas media di lokasi berkenaan untuk mengambil gambar dan merakam video lelaki terbabit.

Poh Chuan yang tiba jam 11.30 pagi meletakkan kerusi dan duduk di lokasi media berkumpul sebelum membuka kertas lukisan lalu melukis situasi di depan rumah bekas Perdana Menteri itu.

Ketika ditanya perancanga­nnya dengan hasil lukisan itu kelak, lelaki terbabit berkata dia mahu menyimpan hasil seni berkenaan sebagai sejarah negara.

Poh Chuan berkata, dia sering ke lokasi tertentu untuk melukis gambar pemandanga­n dan semalam tergerak ke Jalan Langgak Duta selepas melihat rakan memuat naik gambar lokasi berkenaan di laman Facebook (FB).

“Rakan saya seorang jurugambar, dia memuat naik gambar tempat bertugas. Saya berminat untuk datang dan mencoretka­nnya di atas kertas lukisan saya.

“Saya mahu memberi sokongan kepada pihak media yang menjalanka­n tugas mereka 24 jam di lokasi demi menyampaik­an berita kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui di lokasi, semalam.

Petugas media mula berkumpul di sekitar kediaman Najib sejak malam 16 Mei lalu lalu selepas premis berkenaan diserbu anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

 ??  ?? POH Chuan menunjukka­n lukisan yang dihasilkan di hadapan kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, semalam.
POH Chuan menunjukka­n lukisan yang dihasilkan di hadapan kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia