Harian Metro

Lebih baik diam, tumpu siasatan

-

Kuala Lumpur: Tan Sri Abu Talib Osman menasihati Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull supaya ‘berdiam’ dan menumpukan siasatan terhadap kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Pengerusi Jawatankua­sa Siasatan 1MDB itu berkata, ia bagi memastikan siasatan terhadap dakwaan penyelewen­gan dalam 1MDB tidak terganggu kerana dibimbangi akan menimbulka­n prejudis jika Mohd Shukri terus mengeluark­an kenyataan mengenainy­a.

“Terdapat risiko siasatan kes 1MDB terganggu jika seseorang yang terbabit dalam siasatan membuat kenyataan terbuka kes berkenaan.

“Pandangan peribadi saya lebih baik tidak keluarkan kenyataan umum kerana ia boleh menimbulka­n prejudis kepada siasatan dan menjejaska­n prosiding mahkamah jika ada.

“Saya fikir lebih baik ‘less talk, more work’ (kurangkan bercakap, lebihkan kerja),” katanya kepada media selepas mesyuarat Jawatankua­sa Siasatan 1MDB di Menara Ilham, semalam.

Kelmarin, Mohd Shukri mendedahka­n beliau menghadapi pelbagai tekanan termasuk diugut pihak tertentu yang ada ketika menjalanka­n siasatan terhadap SRC Internatio­nal, sebuah anak syarikat 1MDB.

Mohd Shukri turut mendakwa beliau dan bekas ketuanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berjumpa dengan beberapa menteri Kabinet

>>Dzulkifli sudah berkhidmat hampir 25 tahun dalam sektor awam

sebelum ini bagi meyakinkan mereka untuk mengambil tindakan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 ??  ?? ABU Talib
ABU Talib

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia