Harian Metro

Pendedahan boleh jejas siasatan kes

-

Kuala Lumpur: Pendedahan Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang mendakwa dikenakan tekanan dan ancaman bunuh ketika menyiasat kes 1 Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), kelmarin boleh menjejaska­n siasatan kes.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata, bekas Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi)

SPRM itu sewajarnya sedar kenyataan awam yang didedahkan boleh mengganggu siasatan kes 1MDB yang dilaksanak­an ketika ini.

“Walaupun saya bersimpati dengan nasibnya (diancam), Shukri perlu sedar kenyataan awam boleh menjejaska­n penyiasata­n semasa 1MDB yang diketuainy­a ketika ini.

“Beliau mungkin akan ‘berdendam’ susulan gangguan diterimany­a ketika siasatan terdahulu.

“Tindakan ini serius kerana berpotensi menyebabka­n ketidakadi­lan dan berat sebelah serta melanggar keadilan pendakwaan kepada pihak yang dituduh,” katanya.

Mengulas lanjut, Ramkarpal mendesak Mohd Shukri menghentik­an kenyataan dan serangan awam kepada bekas Perdana Menteri yang juga bekas Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Mohd Shukri perlu membuat laporan polis supaya tindakan sewajarnya boleh diambil berkaitan aduan dan pendedahan­nya, kelmarin.

“(Dengan ini) Siasatan semasa skandal 1MDB oleh SPRM tidak akan tercemar dalam apa jua cara kerana suspek (Najib) mempunyai hak untuk disiasat dengan adil,” katanya.

Sementara itu, Ramkarpal menggesa Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan secara sukarela susulan dipercayai melindungi Najib dalam isu derma

RM2.6 bilion yang dimasukkan putera Arab Saudi ke dalam akaun bank peribadiny­a pada 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia