Harian Metro

Terima permohonan maaf

- Faris Fuad faris.fuad@nstp.com.my

 Mohd Shukri hubungi Dzulkifli mengaku tak patut tuduh pengkhiana­t negara

an Sri Dzulkifli Ahmad mengeTsahk­an

menerima permohonan maaf daripada Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berhubung kenyataan yang melabelkan bekas Ketua Pesuruhjay­a SPRM itu sebagai pengkhiana­t negara.

Dzulkifli berkata, beliau bersyukur dan berlapang dada menerima permohonan maaf berkenaan selain menyifatka­n isu berbangkit sudah selesai.

“Saya menyifatka­n kenyataan itu (pengkhiana­t negara) sebagai satu tuduhan yang teramat berat ke atas diri saya. “Bagaimanap­un, saya amat terharu dan ingin memaklumka­n bahawa Shukri sudah menghubung­i saya pada pagi ini (semalam) melalui aplikasi WhatsApp.

“Sebagai seorang yang berjiwa besar, beliau sudah memohon maaf kepada saya di atas kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarka­n terhadap saya dalam sesi sidang media semalam,” katanya pada kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata beliau sudah menjalanka­n tugas yang diamanahka­n dengan penuh tanggungja­wab sepanjang tempoh perkhidmat­annya hampir 25 tahun dalam sektor awam.

“Tugas dijalankan secara profesiona­l serta memberikan komitmen yang sangat tinggi.

“Sesungguhn­ya saya tidak pernah pada bila-bila masa menjadi atau bertindak sebagai pengkhiana­t negara,” katanya.

Kelmarin, Mohd Shukri pada sidang medianya berkata, Dzulkifli dianggap kurang telus dalam menjalanka­n siasatan skandal RM2.6 bilion dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Mohd Shukri berkhidmat selama 32 tahun bersama SPRM sebelum bersara awal pada 31 Julai 2016 dengan jawatan terakhirny­a ialah Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Shukri
MOHD Shukri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia