Harian Metro

Olah sajian dari Internet

- Siraj Mohd Zaini siraj@nstp.com.my

 Ibu tiga anak bersyukur idea jual nasi beriani air asam terima sambutan pelanggan

Ia bukan warisan turun temurun namun Nasi Beriani Air Asam yang dijual Arlinda Abdul Rahman,

32, adalah hasil resepi yang dicubanya menerusi Internet.

Hasilnya tidak mengecewak­an apabila gerai Arlinda di tapak Pasar Malam Seksyen 19 di sini, dikunjungi orang ramai khususnya yang ingin merasai kelainan nasi beriani berkenaan.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia dan suaminya,

Faizul Yahya, 34, kali pertama menjual nasi beriani serta kuih-muih di tapak itu tahun ini.

“Resepi nasi beriani ini hanya diambil dari Internet tetapi diolah oleh suami. Saya bukan penggemar nasi beriani namun selepas mencubanya, saya rasa ia boleh dijual.

“Kelainan nasi beriani ini ialah air asam. Kebiasaann­ya ia diletakkan acar, tetapi saya cuba mengubahny­a kerana rasanya juga sedap,” katanya yang juga antara peserta program 5by20 di bawah inisiatif Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU).

Menerusi program itu, Coca-Cola KU melaksanak­an komitmen secara global untuk memperkasa­kan lebih lima juta usahawan menjelang 2020.

Sementara itu, Faizul yang bekerja sebagai pemandu teksi berkata, proses penyediaan nasi beriani itu dimulakan sejak pagi dengan bantuan isterinya.

“Isteri hanya suri rumah dan kami tinggal di Pinggiran USJ, jadi lokasi yang agak jauh dari tapak bazar memerlukan kami bersedia dengan lebih awal.

“Pada hari pertama kami memulakan dengan lima kilogram beras dan permintaan­nya semakin bertambah sehingga ke hari ini,” katanya.

Katanya, meskipun hampir setiap petang di kawasan itu hujan, hasil perniagaan­nya bertambah disebabkan jumlah pengunjung yang ramai.

“Saya percaya rezeki daripada Allah SWT, dan setiap hidangan dimasak dengan ikhlas, ia dapat memberi pendapatan lebih kepada kami sekeluarga,” katanya.

 ??  ?? ARLINDA dibantu suami berniaga Nasi Beriani Air Asam di tapak Pasar Malam Seksyen 19, semalam.
ARLINDA melayan pelanggan yang singgah di gerainya.
ARLINDA dibantu suami berniaga Nasi Beriani Air Asam di tapak Pasar Malam Seksyen 19, semalam. ARLINDA melayan pelanggan yang singgah di gerainya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia