Harian Metro

‘MEIO tidak dibentuk ketika pentadbira­n saya’

-

Putrajaya: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan agensi perisikan, Malaysia External Intelligen­ce Organisati­on (MEIO) tidak dibentuk atau diwujudkan di bawahnya sepanjang 22 tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, beliau perlu mendapatka­n semua fakta mengenai MEIO kerana belum lagi diberi taklimat untuk memutuskan sama ada agensi itu akan turut dibubarkan atau sebaliknya.

“Saya juga tidak pasti sama ada agensi sama sudah diwujudkan pada pentadbira­n Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) ketika bergelar Perdana Menteri.

“Bagaimanap­un, saya tahu aktiviti mereka (MEIO) tidak baik untuk kerajaan ini. Kami tidak mahu mengintip rakyat. Kami tidak memerlukan mereka, termasuk kecerdasan mereka, saya fikir kami sudah bijak (pintar),” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Kabinet pertama di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan, sebuah rumah milik seorang pegawai wanita berpangkat tinggi, yang dipercayai sebagai ketua agensi perisikan itu diserbu pada hujung minggu lalu.

Sementara itu, ditanya berhubung pelantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sebagai Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru, Dr Mahathir berkata, Mohd Shukri adalah orang yang tepat untuk menjawat tugas itu.

“Kami memilihnya kerana beliau mempunyai pengalaman luas dan pernah terbabit dalam siasatan 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB), namun kerajaan terdahulu tidak menyukai kerja (siasatan) yang dilakukann­ya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia