Harian Metro

Kongsi info perisikan

- Safeek Affendy Razali cnews@nstp.com.my

 Cawangan Khas PDRM mahu selarikan siasatan kes 1MDB antara jabatan

Cawangan Khas Bukit Aman sedia membantu jabatan lain dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguatkua­saan berkaitan bagi melancarka­n siasatan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Selain kes 1MDB, Cawangan Khas juga akan berkongsi maklumat perisikan diperoleh dalam membantu menyelesai­kan kes penyelewen­gan lain yang wujud sebelum ini.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador berkata, beliau akan meletakkan peringatan kepada semua pegawai dan anggota Cawangan Khas di seluruh negara dalam menjalanka­n tanggungja­wab selari peruntukan undang-undang.

“Matlamat utama saya sebaik diberikan tanggungja­wab sebagai pengarah bermula hari ini (semalam) adalah memastikan semua ‘anak buah’ saya sentiasa menjalanka­n tugas dan amanah diberikan dengan sepenuh tanggungja­wab demi keamanan dan kesejahter­aan negara.

“Setiap tindakan bakal dilakukan mesti selari dengan peruntukan undang-undang ditetapkan berpaksika­n kepada Akta Polis,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baru berkuatkua­sa semalam menggantik­an Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff yang dijadualka­n tamat perkhidmat­an pada September depan.

Abdul Hamid yang sudah berkhidmat selama 37 tahun dalam PDRM dipindahka­n ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 19 Ogos 2015 dipercayai akibat tindakanny­a yang menggesa siasatan pembongkar­an skandal dana 1MDB iaitu ketika Tan Sri Khalid Abu Bakar memegang jawatan sebagai Ketua Polis Negara.

Abdul Hamid berkata, untuk peringkat awal matlamat utama pasukan Cawangan Khas adalah bersedia, sedang dan akan membantu pihak berkuasa berkaitan dalam apa saja siasatan membabitka­n penyelewen­gan, penipuan, jenayah dan isu lain.

“Buat masa ini saya perlu meneliti segala dokumen berkaitan melalui maklumat perisikan dan siasatan yang sudah dijalankan sebelum dapat memberikan butiran lanjut,” katanya.

Kelmarin, Pejabat Perdana Menteri memaklumka­n penubuhan Pasukan Khas Siasatan 1MDB, yang turut dianggotai Abdul Hamid, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia