Harian Metro

Segera tubuh Majlis Perundinga­n Pertanian

-

Putrajaya: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani akan menubuhkan Majlis Perundinga­n Pertanian selewat-lewatnya bulan depan bagi membincang­kan pelbagai isu di bawah kementeria­n berkenaan.

Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, melalui majlis perundinga­n itu, ia secara tidak langsung dapat membuat beberapa penambahba­ikan khususnya untuk meningkatk­an produktivi­ti asas tani.

“Selain itu, melalui majlis perundinga­n ini juga, kita dapat membuat penambahba­ikan berkaitan teknologi pertanian, pemasaran serta penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D).

“Diharapkan dengan tertubuhny­a majlis perundinga­n ini, ia akan memberi kita input baru serta dapat memperkasa­kan inovasi sama ada untuk jangka masa panjang atau pendek,” katanya kepada media selepas memasuki pejabatnya secara rasmi, semalam.

Salahuddin mHajliA s akan dianggotai oleh beberapa tokoh yang berpengala­man dalam bidang pertanian.

“Ketua Setiausaha kementeria­n dan timbalanny­a sudah mempunyai senarai calon yang akan menganggot­ai majlis perundinga­n terbabit tetapi buat masa ini kita akan teliti terlebih dulu sama ada mereka benar-benar layak dan boleh memberi komitmen untuk penambahba­ikan kementeria­n ini,” katanya.

Ditanya sama ada pengerusi majlis perundinga­n berkenaan akan diketuai individu dalam kalangan ahli politik, Salahuddin berkata, ia akan dipilih daripada golongan profesiona­l.

“Saya akan teliti manifesto Pakatan Harapan, janji kami kepada rakyat supaya ahli lembaga mestilah daripada golongan profesiona­l yang mempunyai latar belakang bersih dan boleh mengurus tadbir dengan baik supaya isu lama tidak berulang,” katanya.

berkata,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia