Harian Metro

Penantian 14 hari

- Muhammad Mustakim Ramli m.mustakim@nstp.com.my

 Majlis istiadat dan angkat sumpah MB Perlis berlangsun­g

14 hari negeri ini tanpa Menteri Besar.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Barisan Nasional (BN) menang 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus membolehka­n kerajaan negeri dibentuk, manakala Pakatan Harapan (PH) pula memenangi tiga kerusi dan dua kerusi dimenangi PAS.

Walaupun boleh membentuk kerajaan, pelantikan Menteri Besar Perlis mengambil masa yang lama selepas Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menamakan adiknya, Datuk Ismail Kassim sebagai calon Menteri Besar yang baru.

Bagaimanap­un, Datuk Seri Azlan Man yang juga Menteri Besar pada penggal lalu mendakwa tidak tahu mengenai cadangan berkenaan sehingga timbulnya krisis dan pelbagai khabar angin.

Susulan itu, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l bertitah yang baginda memerlukan masa untuk mengenali senarai calon Menteri Besar dan barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang dikemukaka­n oleh BN kepada pihak istana.

Pada Rabu lalu, Tuanku Syed Sirajuddin memanggil 10 wakil rakyat BN menghadap baginda dan difahamkan bertujuan mengenali lebih dekat semua wakil rakyat berkenaan.

Rentetan daripada itu, Pemangku Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadap Raja Perlis di Istana Arau, kelmarin bagi membincang­kan perkara berkenaan.

 ??  ?? ISTANA
Arau
ISTANA Arau

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia