Harian Metro

Mencari cinta hati ‘Tak perlu hina kalau tak mampu beli’

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

>>Ernie pernah digosipkan dengan rakan duetnya, Syamel

 Ernie akui tidak menolak jika ada lelaki ingin mendekati

Penyanyi popular Ernie Zakri mengakui dirinya masih belum bertemu pengganti selepas putus cinta tiga tahun lalu.

Menurut penyanyi yang kini muncul dengan single terbaru berjudul Misteri, dia juga tidak menolak jika ada lelaki ingin mendekati dirinya.

“Setakat ini, tiada lelaki yang berani DM (Direct Message) atau ingin berkawan dengan saya.

“Rasa pelik pula kerana rakan-rakan saya yang lain ramai saja lelaki ingin berkawan dengan mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya kriteria lelaki idamannya, kata Ernie, 26, dia tidak kisah sama ada orang biasa mahupun kalangan artis.

“Saya tidak pernah menolak cinta atau menolak untuk bercinta dengan rakan artis kerana soal jodoh ketentuan Tuhan.

“Jika ada lelaki yang sesuai dan memenuhi kriteria untuk dijadikan pasangan hidup, saya tidak akan menolaknya.

“Setakat ini tiada pun lelaki yang datang untuk mendekati diri ini,” katanya.

Namun, kata Ernie yang pernah digosipkan dengan rakan duetnya, Syamel, dia tidak berasa tertekan apabila media dan peminat sering mengajukan soalan mengenai jodoh kepadanya.

“Maklumlah, sudah lapan tahun saya menunggu untuk dikenali dan menempa nama dalam bidang seni.

“Justeru, saya mahu fokus untuk memantapka­n lagi karier seni. Keluarga juga tidak mendesak dalam soal jodoh.

“Sebab itu apabila diasak soal jodoh, saya hanya senyum dan minta semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk saya,” katanya. Kuala Lumpur: “Tak perlulah nak hina kalau tak berkemampu­an dan kalau ikhlas mahu ‘support’ tak semestinya dia mesti beli. Ada macam-macam cara lagi untuk tunjuk sokongan,” tulis pelakon Que Haidar di laman Instagram bagi menjawab status dimuat naik pengguna laman sosial yang dianggap keterlalua­n.

Pemilik akaun itu menyifatka­n baju Melayu yang dijual Que terlalu mahal dan disertakan perkataan lucah.

Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 39, berkata, dia tidak menjangka masih wujud individu bersikap sedemikian pada zaman sekarang.

“Assalamual­aikum semua, ingin berkongsi sikit, masih ada orang yang macam ini. Saya tidak pernah paksa beliau untuk ‘support’ saya atau beli daripada saya.

“Selalu orang tua saya pesan, ukur baju di badan sendiri dan ikut kemampuan kita. Masih ada yang berpatutan harga, tetapi tak ditanya, yang ditanya baju eksklusif jadi saya pun beritahu harga. Namun saya diburuk-burukkan pula,” katanya.

Menerusi status sama, Que yang juga pelakon Ophilia menafikan dirinya tiada ada tawaran kerja seperti didakwa pemilik akaun itu.

“Mengenai diri saya yang tak laku itu, alhamdulil­lah Allah masih kurniakan rezeki yang halal untuk saya dan keluarga. Alhamdulil­lah, saya hanya berniaga pada Ramadan dan kebanyakan barang yang saya jual eksklusif serta terhad.

“Sudah tujuh tahun saya berniaga pada Ramadan di Bangsar Shopping Centre dan tahun ini saya luaskan sedikit perniagaan. Jadi, saya buka satu lagi di Angsana Johor Bahru.

“Memandangk­an ada pelanggan dari Johor dan Singapura yang mengingink­an saya buka gerai di Johor tahun ini, jadi tak jauh untuk mereka membeli produk jualan saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? QUE
QUE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia