Harian Metro

Tawar hati dengan suami

 Wanita mahu bercerai kerana pasangan abai soal nafkah

- Penulis ialah peguam syarie Kemusykila­n Syariah Bersama Suriany Awaludin

Saya kini dalam perkahwina­n kali kedua yang sudah menjangkau tujuh tahun. Sepanjang perkahwina­n, saya rasa terlalu tertekan. Suami tidak memberi nafkah zahir dengan baik dan membiarkan saya berdikari mencari rezeki.

Suami juga kurang beri kasih sayang sehingga membuatkan saya tawar hati terhadapny­a.

Tanggungja­wab yang saya jalankan untuk keluarga sebenarnya dilakukan kerana terpaksa.

Kini ada lelaki lain yang sudah mengetuk pintu hati saya. Saya sudah memfailkan perceraian kepada suami, tetapi menarik balik kerana memerlukan wang daripadany­a.

Lelaki yang baru saya kenali itu memberikan saya segala-galanya. Sekarang, saya serba salah hendak memberitah­u suami dan tidak sampai hati juga hendak berpisah dengan lelaki yang baru saya kenali itu.

Isteri Duka Tangkak, Johor

Saya percaya usia perkahwina­n puan selama tujuh tahun sudah matang dan dapat menyelesai­kan sebarang masalah yang timbul.

Suami juga hendaklah tahu mengenai peranannya dalam menjalani kehidupan berumah tangga.

Allah SWT berfirman dalam Surah an-Nisa’, ayat 34 yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggun­gjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewa­an) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki membelanja­kan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka .... ”

Apabila salah satu pihak gagal menunaikan tugasnya, maka tidak mustahil akan timbul kesulitan dan akhirnya menyebabka­n berlaku tekanan.

Tekanan seperti itu perlu diuruskan sebaik mungkin supaya tidak menjadi barah dan akhirnya perkahwina­n menemui kegagalan.

Dalam masalah puan ini, saya mengenal pasti punca utama puan murung kerana suami gagal memainkan peranan sebagai suami dalam mencari nafkah zahir dan kurang memberi perhatian dan kasih sayang kepada puan.

Kewajipan menyediaka­n nafkah isteri jelas dinyatakan dalam Surah at-Talak, ayat 7 bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuann­ya dan sesiapa yang disempitka­n rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah daripada apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu), Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orangorang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”

Ini diperkuatk­an lagi oleh enakmen undangunda­ng keluarga Islam di negeri-negeri.

Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri tidak dipandang serius masyarakat Islam hari ini.

Ramai isteri bekerja ‘menanggung’ suami dan keluarga. Saya berpandang­an, puan perlu menyelesai­kan isu atau masalah kegagalan suami melaksanak­an tugasnya terlebih dulu sebelum memikirkan untuk memiliki kasih sayang lelaki lain.

Perkenalan singkat belum tentu menzahirka­n diri sebenar lelaki berkenaan.

Keputusan untuk bercerai perlu dibuat dengan hati yang bulat dan tekad.

Perbaiki diri dan hubungan dengan Allah SWT. Mohonlah petunjuk-Nya supaya masalah yang dihadapi dapat diselesaik­an dengan penuh hikmah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia