Harian Metro

Permainan digital Mak Cun

 Media Prima Labs sasar 100,000 muat turun di Google Play Store, Apple App Store

- Meor Riduwan Meor Ahmad dan Esther Landau cnews@nstp.com.my

Media Prima Labs menyasarka­n permainan digital terbaru diadaptasi daripada siri drama TV popular, Mak Cun dikenali Mak Cun’s Adventure

bakal mencapai 100,000 muat turun dalam tempoh tiga bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital Rafiq Razali berkata, pihaknya yakin sasaran itu mampu dicapai berikutan permainan mudah alih berkenaan kini mendapat sambutan menggalakk­an dalam kalangan peminat permainan digital.

“Permainan Mak Cun’s Adventure dalam bahasa Melayu dan Inggeris sudah berada di Google Play Store dan Apple App Store sejak dua minggu lalu dan sambutanny­a hebat dengan mencatat 5,000 muat turun setakat ini,” katanya ditemui pada pelancaran permainan digital Mak Cun’s Adventure di sini, semalam.

Hadir sama Pengurus Produk Media Prima Labs Melissa Woo dan teraju utama drama Mak Cun iaitu pelakon Erma Fatimah dan Betty Rahmad

Beliau berkata, permainan itu merangkumi 30 tahap menjanjika­n tarikan dan cabaran baru kepada pemain di setiap peringkat. “Mak Cun’s Adventure

ini seperti Diner Dash yang popular tetapi dalam versi tempatan.

“Ia menampilka­n watak utama Mak Cun yang mana anda (pemain) membantuny­a menyiapkan pesanan pelanggan warungnya. “Menariknya permainan ini menguji kepantasan dan cara menyusun strategi untuk menyediaka­n menu tempatan seperti nasi lemak, char kuey teow hingga nasi campur.

“Saya yakin permainan ini bakal mendapat sambutan menggalakk­an kalangan peminat permainan digital berumur 12 tahun ke atas,” katanya.

Mengulas lanjut, Rafiq berkata pihaknya terharu diberi kepercayaa­n membangunk­an permainan untuk jenama Mak Cun.

“Kami memilih drama Mak Cun kerana populariti­nya dalam kalangan penonton di negara ini yang memasuki musim keempat.

“Permainan ini berupaya memberi nilai tambah kepada jenama Mak Cun.

“Keistimewa­an permainan ini adalah elemen lokal yang diterapkan dalam unsur permainan ini. Daripada latar kampung yang membangkit­kan mood drama Mak Cun itu sendiri hingga kepada menu kegemaran rakyat Malaysia,” katanya.

Rafiq berkata, penghasila­n permainan mudah alih Mak Cun’s Adventure diyakini berupaya memperluas lagi empayar Mak Cun seperti produk permainan lain yang dihasilkan termasuk J Revolusi dan Ejen Ali.

“Untuk rekod, Ejen Ali setakat ini mencapai empat juta muat turun hingga menembusi pasaran Indonesia,” katanya.

“Ia menampilka­n watak utama Mak Cun yang mana anda (pemain) membantuny­a menyiapkan pesanan pelanggan warungnya Rafiq Razali

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia