Harian Metro

Bayi lahir kereta ghaib

- Mohamed Farid Noh cnews@nstp.com.my

 Penjual ais krim terkejut kenderaan diparkir di hospital lesap

Seorang penjual ais krim terkejut apabila kereta Proton Wira miliknya diparkir Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat di sini, lesap ketika mahu mengambil barangan bayi sulungnya yang baru dilahirkan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Muhammad Minhat Ishak, 26, yang teruja dengan kelahiran bayi sulungnya itu bertukar cemas apabila keretanya tidak kelihatan di tempat parkir HSNI walau dicari berulang kali.

Kehilangan kereta Muhammad Minhat itu dikongsi abangnya, Muhammad Ehsan, 27, di laman Facebook miliknya, meminta netizen membantu mengesan kereta berkenaan viral di media sosial sejak tengah malam tadi.

Muhammad Ehsan berkata, ketika kejadian adiknya mahu mengambil kelengkapa­n bayi sulungnya yang diletakkan di dalam kereta sejurus kelahiran bayi sulungnya itu jam 12.30 tengah malam semalam.

“Kereta Proton Wira hitam itu diletakkan di parkir HSNI sejak pagi ketika dia menghantar isterinya masuk ke wad bersalin.

“Adik pulang ke rumah untuk berbuka puasa sebelum kembali ke HSNI jam 8 malam.

“Isterinya melahirkan bayi sulung mereka jam 12.30 tengah malam dan ketika itulah baru menyedari kereta miliknya lesap ketika mahu mengambil barang kelengkapa­n bayi di dalam kereta berkenaan.

“Pada mulanya adik menyangka dia tersilap cari di bahagian parkir yang salah, namun selepas puas mencari akhirnya menyedari, tiga lagi kereta yang diletak bersebelah­an keretanya dipecahkan pada cermin pemandu manakala keretanya lesap.

“Adik kemudian menelefon ahli keluarga yang lain dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, jam 2.30 pagi semalam, ” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Muhammad Ehsan berkata, anggota polis bertugas juga memaklumka­n sudah beberapa kali kes kereta waris pesakit yang parkir di HSNI dipecahkan penjenayah turut dilaporkan sebelum ini.

“Walaupun kereta yang dibeli adiknya November lalu itu adalah kereta terpakai, ia adalah satu-satunya kenderaan milik adiknya yang digunakan bagi menghantar ais krim dihasilkan­nya untuk pelanggan di samping kegunaan keluargany­a, ” katanya.

 ??  ?? PETIKAN status Facebook Muhammad Ehsan mengenai kehilangan kereta adiknya di parkir HSNI viral di media sosial.
PETIKAN status Facebook Muhammad Ehsan mengenai kehilangan kereta adiknya di parkir HSNI viral di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia