Harian Metro

Ancaman ‘hantu hitam’

- Rosli Zakaria dan Hanneeyzah Bariah Bahrin cnews@nstp.com.my

Jika sebelum ini kaki pancing tempatan bimbang dengan ancaman ikan pacu, ikan keli Afrika, patin chaophraya, dan keli ekor merah, kini dua lagi spesies karnivor dari benua Afrika dikenal pasti mula memasuki perairan negara ini.

Mutakhir ini, kalangan pemancing tempatan mula mendaratka­n dua spesies ikan, pertama yang dikenali sebagai atau pemakan bumi

yang memakan udang, ikan kecil, serangga dan larvanya yang mampu hidup sehingga lima tahun.

Seekor lagi dikenali sebagai

berasal

dari Amerika Selatan.

Hidupan air yang dikenali sebagai ‘hantu hitam’ oleh pemancing adalah spesies ikan karnivor yang mampu menghasilk­an renjatan elektrik lemah untuk mencari makanan.

Ikan pemakan bumi ditangkap di Empangan Timah Tasoh di Perlis, Selangor dan Johor, manakala ikan hantu hitam memakan kail pemancing di beberapa sungai di Kedah, Perak dan Selangor.

Kehadiran spesies ini mengulangi kebimbanga­n penyelidik perikanan dan pemancing tempatan apabila kehadiran ikan pemangsa benua Afrika ini boleh memusnahka­n ikan tempatan yang menghuni sungai, empangan dan tasik di negara kita.

Penyelidik dan Pakar Perikanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Amiruddin Ahmad berkata, penggemar ikan hiasan yang tidak bertanggun­gjawab melepaskan spesies itu sebenarnya memberi ancaman kepada ikan tempatan.

“Tindakan melepaskan ikan pemangsa dari benua Afrika itu sangat tidak bertanggun­gjawab dan langsung tidak memikirkan survival ikan tempatan.

“Ketika masih kecil, ia menjadi ikan peliharaan, tetapi apabila semakin besar dan sukar dipelihara ia cenderung melepaskan­nya ke sungai. Ini punca masalah,” katanya.

 Dua lagi spesies ikan pemangsa Amazon ditemui di sungai, empangan Malaysia

grafik

Menurutnya, sebaik ikan ini dilepaskan ke sungai sukar untuk dikeluarka­n semula.

“Masalah lebih meruncing jika ikan yang dilepaskan dalam jumlah besar kerana ia boleh menjadi pasangan dan bertelur kerana habitat di sini tidak mirip ekosistem sungai di Amazon,” Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap 720 ular pelbagai spesies di daerah ini sejak awal tahun ini.

Kapten (PA) APM Daerah Kota Bharu Wan Shukri Wan Ayub berkata, daripada jumlah itu tangkapan paling banyak membabitka­n ular senduk dan sawa.

Menurutnya, anggaran saiz reptilia yang pernah ditangkap sepanjang satu katanya.

Amirrudin berkata, walaupun banyak amaran mengenai potensi bencana ekologi akibat kemasukan hidupan akuatik ini yang mengancam populasi ikan air tawar tempatan dikeluarka­n, tetapi ia sukar dibendung.

“Spesies seperti

keli ekor merah, keli Afrika dan patin chaophraya, mungkin dibebaskan di sungai sebagai ikan yang memberi kepuasan kepada pemancing kerana saiz spesies ini yang membesar.

“Tetapi mereka gagal melihat ikan ini turut mempunyai selera makan besar. Akibatnya, ikan tempatan, termasuk toman gergasi

hilang dari habitat semulajadi­nya.

“Spesies ikan kita tidak dapat bersaing dengan raksaksa Amazon,” katanya.

Beliau berkata, masalah itu memberi kesan serius kepada nelayan sungai tradisiona­l pada masa depan.

Menurutnya, ia bukan hanya menyebabka­n kepupusan ikan tempatan tetapi ikan ini juga belum mendapat pasaran sebagai ikan yang boleh dimakan di Malaysia.

“Saya menggesa pemancing yang menangkap spesies amazon ini untuk tidak kembali melepaskan­nya ke sungai.

“Ini demi survival spesies tempatan dan saya mohon jabatan kerajaan berkaitan memantau perkara ini demi masa depan warisan dan sumber asli, ” katanya.

 ??  ?? ULAR sawa yang ditangkap di Kampung Cherang.
ULAR sawa yang ditangkap di Kampung Cherang.
 ??  ??
 ??  ?? IKAN hantu hitam atau black ghost knifefish berasal dari Amerika Selatan.
IKAN hantu hitam atau black ghost knifefish berasal dari Amerika Selatan.
 ??  ?? IKAN pemakan bumi atau cichlid.
IKAN pemakan bumi atau cichlid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia