Harian Metro

Bank Rakyat agih 6,000 pek bubur lambuk

-

Kuala Lumpur: Bank Rakyat mengambil keberkatan pada Ramadan ini dengan mengagihka­n 6,000 pek bubur lambuk kepada orang ramai di sekitar ibu negara menerusi program Pautan Ramadan-Kacau Bubur Lambuk Bank Rakyat 2018.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata, inisiatif agihan bubur lambuk itu adalah tanggunjaw­ab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan untuk kali kelima sejak 2013 bertujuan mengimarah­kan sambutan Ramadan di samping mengeratka­n hubungan antara Bank Rakyat dengan masyarakat.

“Sebanyak 15 kawah digunakan untuk menyediaka­n bubur lambuk dengan kerjasama kumpulan tukang masak Kampung Baru, Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Antara lokasi pengagihan pek bubur lambuk di Jalan Rakyat, Stesen LRT Bank Rakyat Bangsar, KL Sentral, Bangunan UOA, Masjid Negara, Balai Polis Travers, Taska Autisme IDEAS, Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) dan agensi media berhampira­n.

“Sempena musim perayaan ini juga, Bank Rakyat menerusksn kempen Ceria Beraya 2018 dengan menawarkan kemudahan kewangan Pembiayaan Peribadi-i, Kad Kredit-i dan Kad Debit-i, Pembiayaan Kenderaan-i serta Pembiayaan Semula Perumahan-i.

“Kempen yang berlangsun­g pada 14 Mei sehingga 13 Julai ini bakal memberi keceriaan Aidilfitri kepada pelanggan untuk membuat persiapan hari raya menerusi Pembiayaan Peribadi-i dengan kadar keuntungan serendah 3.4 peratus serta tawaran pembiayaan sehingga RM200,000,” katanya.

Menurutnya, selain itu, Aidilfitri kali ini akan lebih bermakna apabila pelanggan berpeluang membawa kereta baru dengan 100 peratus Pembiayaan Kenderaan-i serta lima peratus pulangan rebat petrol apabila mengisi minyak pada hari Khamis dengan Kad Kredit-i dan Kad Debit-i,” katanya.

 ?? Nizam Sani ?? Sebanyak 15 kawah digunakan untuk menyediaka­n bubur lambuk dengan kerjasama kumpulan tukang masak Kampung Baru,
Kuala Lumpur”
Nizam Sani Sebanyak 15 kawah digunakan untuk menyediaka­n bubur lambuk dengan kerjasama kumpulan tukang masak Kampung Baru, Kuala Lumpur”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia