Harian Metro

Sajian ayam tin

- Betty Subaryati news@nstp.com.my

 Graduan cetus idea hasilkan Ayam Sujiha ketika misi banjir

Melihat Orang Asli di Dabong, Kuala Krai di sini, yang memasak ayam bakar menggunaka­n tin memberi ilham kepada seorang graduan Sains Komputer untuk menghasilk­an Ayam Sujiha.

Ayam Sujiha adalah ayam yang diperap pelbagai rempah ratus tradisi selama tiga jam bagi memastikan ramuan sebati sebelum dibakar di dalam tin menggunaka­n arang.

Muhamad Al-Hafiz Zulkfli, 20, berkata, idea menjual ayam itu timbul selepas terbabit dalam misi pasca banjir membantu penduduk Orang Asli di Dabong, Kuala Krai yang memasak ayam bakar menggunaka­n tin kerana kekurangan peralatan.

“Idea asal dari penduduk Orang Asli itu membabitka­n teknik agak klasik dan unik untuk menghasilk­an ayam yang empuk, lembut dan sedap walaupun dimakan tanpa nasi yang amat sesuai sebagai juadah berbuka puasa atau bersahur.

“Nama Ayam Sujiha ini pula diberikan oleh seorang tabligh dari Thailand yang kebetulan singgah di kedai ketika saya sedang bersiap untuk membakar ayam.

“Sujiha membawa maksud suci jiwa hati,” katanya ketika ditemui di Permai Cafe, Pengkalan Chepa, semalam.

Menurutnya, setiap hari dia mampu menjual lebih 20 ekor dengan harga RM25 hingga RM30.

Katanya, bagi menjamin kualiti juga menyebabka­nnya hanya menggunaka­n ayam yang disembelih setiap hari dan bukannya ayam beku untuk memastikan kesegaran isi.

“Ayam mentah yang sudah diperap rempah ratus selama tiga jam itu dicucuk pada besi sepanjang 50 sentimeter sebelum ditutup tin yang masak antara satu hingga dua jam.

“Tempat pembakaran ayam diletakkan 10 batang besi sebagai alat membakar dan ditutup tin bersaiz besar,” katanya.

 ??  ?? PENIAGA Wiru Sangsaha, 23, menyusun ayam sebelum dimasukkan ke dalam tin lalu dipanaskan dengan arang di Permai Cafe dekat Pengkalan Chepa. AYAM Sujiha yang sudah siap dibakar.
PENIAGA Wiru Sangsaha, 23, menyusun ayam sebelum dimasukkan ke dalam tin lalu dipanaskan dengan arang di Permai Cafe dekat Pengkalan Chepa. AYAM Sujiha yang sudah siap dibakar.
 ??  ?? PENIAGA Emylia Aqilah Zulkifle, 18, menunjukka­n ayam yang sudah siap dibakar.
PENIAGA Emylia Aqilah Zulkifle, 18, menunjukka­n ayam yang sudah siap dibakar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia