Harian Metro

Ganja 1kg dalam beg

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@nstp.com.my

 Lelaki sorok dadah RM12,000

Polis menemui satu kilogram ganja dianggarka­n bernilai RM12,000 disorokkan dalam almari pakaian di sebuah rumah di Desa Pujut, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 3 petang itu, polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah berusia 20 tahun selepas risikan dan pemantauan terhadap aktiviti haram dijalankan­nya.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, dalam serbuan itu, polis menemui ganja mampat diletakkan di dalam beg galas sebelum disorokkan di dalam almari pakaian di rumah berkenaan.

Katanya, polis tidak menolak kemungkina­n ganja berkenaan akan dijual di pasaran tempatan dan suspek menjadikan penagih tempatan sebagai pelanggan utama.

“Serbuan dijalankan hasil risikan polis berhubung kegiatan penjualan dadah dipercayai didalangi suspek sejak beberapa bulan lalu.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, sebuah kereta Proton Saga bernilai RM30,000 milik suspek turut disita.

“Polis juga giat mengesan individu yang membekalka­n dadah berkenaan kepada suspek,” katanya.

Katanya, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Kuantan: Bertindak atas maklumat awam dan risikan, sepasukan pegawai serta anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang berjaya memberkas dua lelaki di kawasan letak kereta Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah dekat sini, malam Ahad lalu.

Kedua-dua lelaki berusia 24 dan 40 tahun yang berasal dari Selangor itu ditahan jam 10 malam selepas keadaan mereka mencurigak­an ketika berada dalam kereta Honda City di kawasan itu.

Ketua JSJN negeri Superinten­dan Lam Thian Huat berkata, pegawai dan anggota polis kemudian mengepung kawasan letak kereta itu sebelum menahan suspek.

“Berlaku pergelutan antara suspek dan anggota polis...sebaik pegawai dan anggota kita memperkena­lkan diri, seorang daripadany­a cuba meloloskan diri tetapi berjaya ditahan.

“Kita menjalanka­n serbuan sebaik seorang daripada suspek membuka ruang belakang (bonet) kereta

 ??  ?? GANJA yang ditemui dalam beg.
GANJA yang ditemui dalam beg.
 ??  ?? THIAN Huat (tengah) menunjukka­n dadah yang dirampas daripada suspek.
THIAN Huat (tengah) menunjukka­n dadah yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia