Harian Metro

‘Bangsal zink istana kami’

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

 6 sekeluarga bina rumah guna bahan terpakai

Enam sekeluarga terpaksa menjadikan bangsal berdinding­kan zink dan kain sebagai tempat tinggal mereka sekeluarga kerana kesempitan hidup.

Kehidupan Noor Muhibah Abdullah, 40, bersama lima anaknya itu semakin sukar selepas kematian suami, Saikh Feroz Hasan Raza, kira-kira dua tahun lalu,

Menurut Noor Muhibah, ketika suaminya masih ada, mereka tinggal di rumah peninggala­n mentua bersebelah­an bangsal berkenaan tetapi rumah itu sudah terlalu uzur.

“Bimbang rumah terbabit roboh, saya mengambil keputusan untuk membina sendiri tempat tinggal baru dengan menggunaka­n bahan terpakai dan sumbangan orang ramai.

“Walaupun perit kerana tinggal di dalam bangsal yang serba kekurangan, saya bersyukur kerana ada tempat tinggal dan tidak merempat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Panji, di sini.

Noor Muhibah yang bekerja di kedai kek dan roti berkata, dia pernah terfikir untuk menyewa rumah tetapi pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi.

Katanya, dia terpaksa berjimat kerana empat anaknya, Sharifah Natasha Saikh Feroz, 15, Sharifah Shuhada, 14, Saikh Harris, 12, Saikh Amir, 11, masih bersekolah dan anak bongsunya Saikh Amar Zarifi, 4, masih kecil.

“Ibu mana yang mahu melihat anaknya hidup susah, namun dengan pendapatan hanya RM700 sebulan tidak cukup untuk tampung perbelanja­an kami sekeluarga.

“Malah cermin mata anak sulung saya yang rosak masih tidak berganti dan terpaksa menggunaka­n gam bagi membolehka­nnya diguna semula,” katanya.

Dia berkata, nasib mereka sekeluarga mendapat perhatian daripada kerajaan negeri yang menjanjika­n sebuah rumah sebelum ini.

Menurutnya, sejak dibina Februari lalu, rumah terbabit belum siap dan kerja pembinaan sudah dihentikan bulan lalu.

“Saya ingatkan boleh beraya di rumah baru tahun ini, mungkin bukan rezeki kami untuk merasa tinggal di tempat yang selesa dan terpaksa terima takdir itu,” katanya.

 ??  ?? NOOR Muhibah bersama anak-anaknya yang tinggal di bangsal sempit di Kampung Panji. NOOR Muhibah menutup dinding bangsal yang didiaminya dengan kain.
NOOR Muhibah bersama anak-anaknya yang tinggal di bangsal sempit di Kampung Panji. NOOR Muhibah menutup dinding bangsal yang didiaminya dengan kain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia