Harian Metro

Penangan hujan 4 jam

- Cnews@nstp.com.my

Sebanyak 67 keluarga membabitka­n 300 penduduk di enam kampung di Mukim Pulai dan Bongor/Baling dilanda banjir kilat akibat hujan lebat selama empat jam sejak petang kelmarin.

Antara yang terbabit adalah Kampung Masjid Lama Batu 48 (6), Banggol Derom (5) Tanjung Merbau (30), Charok Sikin (15), Sungai Limau (1) dan Kampung Jalan Lama Batu 42 (10).

Seorang penduduk, Norhafizah Jusuh, 40, dari Kampung Jalan Lama Batu 42, berkata, hujan lebat selama empat jam menyebabka­n rumahnya dinaiki air sedalam 0.3 meter.

Katanya, ketika itu dia baru selesai berbuka puasa sebelum menyedari air dari parit belakang rumah mula masuk ke dalam rumah.

“Mujur sempat berbuka puasa walaupun dalam keadaan tidak selesa kerana air masuk dengan cepat.

“Ini kali kedua banjir berlaku di kawasan ini yang berpunca daripada sistem perparitan tidak terurus,” katanya.

Penghulu Mukim Pulai, Badrol Hisham Che Li berkata, pihaknya sudah membuat

 Rumah 300 penduduk 6 kampung dinaiki air sedalam 0.5 meter

laporan mengenai masalah perparitan tidak terurus kepada pihak berkenaan sejak banjir kali pertama melanda pada Aidiladha tahun lalu.

Beliau berkata, Pejabat Daerah Baling sudah memanjangk­an permohonan ke pihak atasan untuk mendapat peruntukan bagi menyelesai­kan masalah yang berlaku di kampung itu.

“Kami sudah memanjangk­an permohonan kepada pihak atasan dan belum lagi mendapat perhatian,” katanya yang turut meninjau kawasan banjir di sini, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Sekretaria­t Pengurusan Bencana Daerah Baling, Leftenam (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, hujan lebat sejak petang kelmarin menyebabka­n rumah penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berdekatan Sungai Ketil dilimpahi air sedalam 0.5 meter.

Beliau yang juga Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, air mula naik jam 8 malam di beberapa kampung dan ia berlarutan hingga tengah malam.

“Anggota APM dikerah membuat pemantauan malam tadi bagi memastikan keadaan terkawal dan selamat.

“Selain APM, Pejabat Daerah Baling dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut turun padang bagi membantu mangsa terbabit,” katanya.

Mohd Faizol berkata, ini kali ketiga dalam tempoh seminggu beberapa kampung di kawasan itu dilanda banjir yang disifatkan paling teruk dan membabitka­n keluarga yang ramai.

“Bagaimanap­un, tidak ada mangsa dipindahka­n ke pusat pemindahan kerana air mulai surut tetapi anggota penyelamat masih memantau ekoran cuaca masih gelap dan bimbang akan berlaku banjir.

“Cuaca yang tidak menentu setiap petang menyebabka­n anggota penyelamat bersiap sedia bagi menghadapi kemungkina­n bencana berlaku,” katanya.

Beliau turut menasihatk­an penduduk yang tinggal di kawasan rendah berjaga-jaga dan berpindah ke tempat selamat sekiranya air masuk ke rumah mereka.

 ??  ?? ANGGOTA APM menyukat paras air di Kampung Masjid Lama Batu 48, Bongor.
ANGGOTA APM menyukat paras air di Kampung Masjid Lama Batu 48, Bongor.
 ??  ?? PENDUDUK kampung, Talib Mohd Noor menimba air banjir bercampur lumpur yang memasuki rumahnya akibat banjir kilat di Perumahan Awam 2, pekan Bandar Baharu.
PENDUDUK kampung, Talib Mohd Noor menimba air banjir bercampur lumpur yang memasuki rumahnya akibat banjir kilat di Perumahan Awam 2, pekan Bandar Baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia