Harian Metro

Ilham besar atas gelanggang

- Mohd Amin Jalil cnews@nstp.com.my

 Tiga sahabat cetus idea ketika main badminton tubuh syarikat jalan pelbagai perniagaan

Bermula sebagai rakan bermain badminton bagi mengisi masa lapang, tiga sahabat tidak terfikir mereka boleh bergabung menjadi usahawan bagi membina masa depan yang lebih baik.

Mumtaz Khan Shafik, 39, Akbar Amran, 49, dan Mohdan Amran, 52, berkongsi mewujudkan syarikat Trio Mewangi Sdn Bhd (Trio Mewangi) pada awal 2015 yang kini menjalanka­n perniagaan dalam bidang perkhidmat­an dobi, kelas tuisyen serta menjual produk makanan tambahan kesihatan berpusat di premis yang disewa di Taman Bukit Coral, Sikamat.

Mumtaz Khan berkata, pada peringkat awal dia tidak terfikir dua rakannya itu bersedia berkongsi dalam perniagaan, walaupun masing-masing tidak mempunyai pengalaman luas dalam bidang itu.

“Idea untuk menubuhkan perniagaan bersama ini saya yang cetuskan ketika kami bersama bermain badminton di Dewan Pekerti Seremban dan tidak menyangka ia berjaya direalisas­ikan.

“Kami memiliki perkhidmat­an dobi layan diri kerana berpendapa­t ia berpotensi untuk berkembang maju dan selepas dua tahun beroperasi, ia mendapat sambutan.

“Selepas itu, kami kembangkan lagi aktiviti perniagaan dengan membuka kelas tuisyen tahun lalu dan kemudian mengeluark­an produk makanan tambahan 3B Plus, Januari lalu,” katanya ditemui, semalam.

Mengulas lanjut permula- an usaha mereka itu, Mumtaz Khan yang dilantik sebagai ketua berkata, mereka sepakat mengeluark­an modal awal RM33,000 setiap seorang.

“Kami bermula dengan dua mesin dobi tetapi sekarang sudah ada tujuh mesin dan sambutan menggalakk­an terutama penduduk Sikamat,” katanya.

Mengenai pengeluara­n produk makanan tambahan 3B Plus pula, dia berkata, ia adalah campuran serbuk oren dan yogurt yang dibuat dengan kerjasama usahawan Bumiputera lain berpangkal­an di Bangi, Selangor.

Menurutnya, produk itu sejenis nutrisi yang mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan dan memiliki pensijilan MeSTI selain logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Katanya, pihaknya turut bertindak sebagai pembimbing kepada usahawan baharu terutama golongan muda dan bekas siswazah yang berminat membabitka­n diri dalam bidang keusahawan­an.

 ??  ?? DARI kiri Mohdan, Mumtaz menunjukka­n produk yang dipasarkan mereka di pusat operasi syarikat di Taman Bukit Coral Sikamat.
DARI kiri Mohdan, Mumtaz menunjukka­n produk yang dipasarkan mereka di pusat operasi syarikat di Taman Bukit Coral Sikamat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia