Harian Metro

Lupa padam api

- Zatul Iffah Zolkiply cnews@nstp.com.my

 Tempat tinggal dua keluarga musnah dalam kebakaran

Dua keluarga terdiri daripada 12 mangsa termasuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) hilang tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Losong Mat Shafie di sini, kelmarin.

Kebakaran jam 9 malam itu disedari seorang daripada mangsa, Wan Mohd Illias Abdul Razak, 48, yang terhidu bau asap ketika berehat di biliknya.

Wan Mohd Illias berkata, dia bergegas memapah ibunya berusia 74 tahun yang uzur keluar dari rumah memandangk­an api merebak dengan pantas.

“Saya mengesyaki api bermula dari bahagian dapur rumah kerana sebelum ini ibu sering terlupa memadamkan api ketika memasak.

“Sebelum kejadian ini, saya rasa ibu ada panaskan lauk di dapur sebelum menonton televisyen,” katanya.

Mangsa lain, Wan Zaini Wan Jusoh, 55, berkata, dia pada mulanya menyangka api berpunca daripada kanak-kanak yang bermain mercun berhampira­n rumah sebelum jiran (Wan Mohd Illias) memaklumka­n ibunya lupa memadamkan api.

Katanya, dia hanya menyedari kebakaran itu berlaku selepas melihat api menjulang tinggi di atas atap rumah sebelum segera menyelamat­kan ahli keluarga lain.

“Ketika itu, saya hanya ingat nak selamatkan anak-anak terutama anak lelaki OKU.

“Walaupun kami hilang tempat tinggal, saya bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu Penolong Penguasa Bomba Mohd Izwan Bashir berkata, 20 anggota dari BBP Kuala Terengganu dan Jalan Kota bergegas ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Menurutnya, pihaknya tiba di lokasi pada jam 9.15 malam dan mengambil masa 20 minit untuk memadamkan kebakaran.

“Api merebak ke rumah berhampira­n dengan cepat disebabkan struktur rumah separuh kekal yang diperbuat daripada kayu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca dan kerugian yang ditanggung mangsa walaupun seorang daripada mereka memaklumka­n kebakaran berlaku disebabkan ibunya lupa memadamkan api di dapur,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meluangkan masa hampir satu jam di lokasi kejadian.

Katanya, kerajaan negeri akan menghulurk­an bantuan membina semula rumah bernilai RM50,000 bagi setiap keluarga.

 ??  ?? WAN Mohd mencari barangan yang boleh diselamatk­an selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Losong Haji Mat Shafie.
WAN Mohd mencari barangan yang boleh diselamatk­an selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Losong Haji Mat Shafie.
 ??  ?? DR Ahmad Samsuri ketika meninjau kawasan kebakaran.
DR Ahmad Samsuri ketika meninjau kawasan kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia