Harian Metro

Lima pelajar sekolah pondok dicekup curi motosikal

-

Lima pelajar sekolah pondok di Nibong Tebal, Pulau Pinang dicekup polis selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan mencuri motosikal sekitar Parit Buntar di sini baru-baru ini.

Kelima-lima remaja itu diberkas pada 13 dan 14 Mei lalu selepas disyaki terbabit dalam kes curi dua motosikal di Parit Buntar pada 3 Mei lalu dan Tanjung Piandang, 7 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian Superinten­dan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, polis menerima laporan mengenai kecurian dua motosikal Modenas Kriss pada tarikh berkenaan.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati kedua-dua kes itu dipercayai dilakukan sekumpulan pelajar berusia hanya 13 hingga 14 tahun.

“Selepas kumpulan remaja itu dikenal pasti, polis membuat tangkapan pada minggu lalu di sebuah madrasah di Pulau Pinang.

“Hasil tangkapan membawa kepada penemuan semula dua motosikal yang dilaporkan hilang di belakang sekolah agama berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, motosikal itu dicuri dipercayai untuk kegunaan remaja terbabit bagi tujuan ponteng sekolah dan curi keluar ke bandar tanpa pengetahua­n pihak pengurusan sekolah.

Kuala Lumpur: Polis mengesahka­n menerima satu laporan polis membabitka­n dakwaan kes murid dirotan guru disiplin sehingga mengakibat­kan kecederaan di sebuah sekolah di Ampang, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, siasatan awal mendapati guru disiplin sekolah berkenaan menerima laporan daripada seorang bapa murid yang mendakwa anak pengadu menolak dan menendang anaknya.

Katanya, berikutan itu, guru terbabit merotan anak pengadu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia