Harian Metro

Rangka cadangan struktur semula UMNO

-

Kuala Lumpur: Pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang akan merangka cadangan bagi menstruktu­r semula UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah tepat dalam memastikan parti itu kembali bersatu di bawah satu landasan yang baharu.

Pemuda UMNO Setiawangs­a Fadzmel Fadzil berkata, langkah itu juga sekali gus menepati kehendak semasa rakyat negara ini khususnya golongan belia yang mahukan kesegaran dalam perjuangan parti.

Menurutnya, bagaimanap­un pada masa sama beliau percaya elemen baik dari tradisi turun temurun di dalam parti akan tetap dipertahan­kan walaupun cara yang dipraktikk­an dulu ada kalanya tidak releven kini dan perlukan penambahba­ikan.

“Walaupun tempoh yang diberikan adalah dilihat singkat untuk merangka perubahan berbanding tempoh kewujudan UMNO secara keseluruha­nnya, namun saya percaya ia adalah titik permulaan yang baik.

“Ini adalah untuk memastikan arus perubahan dalaman menjadi pemangkin kepada perubahan yang lebih besar di masa hadapan,” katanya pada kenyataan, semalam.

Kelmarin, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalanka­n tugas Presiden UMNO mengumumka­n BN dan UMNO memberi mandat kepada Ketua Pemuda UMNO itu untuk merangka cadangan bagi menstruktu­r semula parti.

Ahmad Zahid memaklumka­n perkara itu pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn di sini.

Mengulas lanjut, Fadzmel berkata, perubahan itu juga akan dapat membantu UMNO dan BN lebih progresif, inklusif dan pada masa yang sama mengekalka­n kesederhan­aan dalam perjuangan untuk kekal relevan di mata masyarakat.

Jelasnya, dengan tugasan yang diberikan kepada Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau itu, ia akan menjadi ruang dan peluang yang terbaik untuk UMN ada setelah gelombang kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) masih dirasai rata-rata pejuang parti.

“Justeru, UMNO serta seluruh komponen BN perlu beri kerjasama kepada Khairy Jamaluddin serta menggunaka­n peluang ini untuk muhasabah diri, berbincang dan merangka langkah baharu.

“Ini sangat penting dalam kita menelusuri sebuah perjuangan baharu yang segar dan efektif dalam memperjuan­gkan agama, bangsa dan negara,” katanya.

 ??  ?? KHAIRY
KHAIRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia