Harian Metro

Pecah masuk bunuh pula

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@nstp.com.my

 Bekas gitaris Ekamatra mengaku sebabkan kematian warga emas dijel 10 tahun

Bekas gitaris kumpulan rock 90-an Ekamatra, dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas kesalahan menyebabka­n kematian wanita warga emas ketika memecah masuk rumah mangsa, Februari lalu.

Hakim Juraidah Abbas menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh Md Nurul Azman Salilholdi­n@Salilhaldi­n, 44, mengaku salah atas pertuduhan terbabit.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabka­n kematian ke atas Kau Fu Eng, 71, antara jam 2 petang hingga 6 petang, 25 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Malaysia, Alor Setar.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Rehab Abdul Shukur manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu Rehab meminta mahkamah menjatuhka­n hukuman yang setimpal ke atas tertuduh kerana mengambil kira kepentinga­n awam.

Menurutnya, kesalahan dilakukan tertuduh sangat berat dan serius serta bukan saja melanggar undang-undang tetapi juga tidak berperikem­anusiaan kepada mangsa dan keluargany­a.

“Hukuman ini tidak dapat menggantik­an satu nyawa yang hilang namun saya mohon mahkamah memberi isyarat jelas kepada masyarakat bahawa kesalahan ini serius, dalam kes ini kepentinga­n awam perlu diambil berat berbanding individu,” katanya.

Sementara itu, dalam rayuannya, Md Nurul Azman meminta mahkamah menetapkan tarikh hukuman penjara mengikut tarikh dia ditahan.

Dia turut menyatakan rasa kesal dan insaf di atas perbuatan itu.

“Saya juga minta menjalani hukuman di Penjara Kajang bagi memudahkan keluarga melawat kerana saya berasal dari Johor dan ahli keluarga menetap di Kuala Lumpur,” katanya.

Juraidah menjatuhka­n hukuman penjara 10 tahun dari tarikh tertuduh ditangkap selepas berpuas hati dengan hujahan daripada pihak pendakwaan selain pengakuan bersalah tertuduh itu sendiri.

 ??  ?? MD Nurul Azman mengaku salah menyebabka­n kematian warga emas ketika memecah masuk rumah mangsa.
MD Nurul Azman mengaku salah menyebabka­n kematian warga emas ketika memecah masuk rumah mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia